Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian & Sebulan

Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian & Sebulan. Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam iaitu bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Menurut takwim kalendar Islam 2021, bulan Puasa Ramadhan 1442H bakal menjelang pada 13 April 2021. Sepertimana kita ketahui, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia daripada bulan lain kerana disitu umat Islam akan menunaikan kewajipan Rukun Islam ke-3 iaitu Puasa Ramadhan yang wajib dilaksanakan dalam masa sebulan. Bagaimana persediaan anda untuk menghadapi bulan Ramadhan tahun 2021/ 1442H? Berikut adalah cara lafaz niat puasa Ramadhan.

Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian & Sebulan

Bagi anda yang ada meninggalkan puasa Ramadhan sebelum ini sama ada secara sengaja atau tidak sengaja disebabkan keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Sudahkah anda telah menggadhakan puasa Ramadhan sebelum ini? Anda boleh rujuk cara lafaz niat qadha puasa Ramadhan disini.

Panduan Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Harian & Sebulan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tentang cara lafaz niat Puasa Bulan Ramadhan yang betul bagi harian dan sebulan sebagai panduan buat umat Islam :

Erti Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib dan berdosa besar jika tidak mengerjakannya.

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan Untuk Harian

Lafaznya : نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Bahasa Rumi : Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksud Niat : “Sahaja aku berpuasa esok hari bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Sebulan

Lafaznya : ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Bahasa Rumi : Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa

Maksud Niat : “Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala”.

Waktu Niat Puasa Ramadhan

Bagi umat Islam hendaklah berniat untuk berpuasa sebelum terbit fajar ata sebelum masuk waktu Solat Subuh. Niat untuk puasa Ramadhan sangat mudah kerana kalau bangun sahur sudah tentu ada niat termasuk lintasan hati hendak berpuasa.

Selamat menjalani ibadat puasa dengan istiqamah dan mengharapkan mendapat barakah.

Leave a Reply