Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit Secara Online

Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit Secara Online. Berita baik buat anda yang ingin membuat pembelian rumah pertama. Untuk makluman, kini Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menyediakan satu portal online iaitu TEDUH yang akan memudahkan rakyat Malaysia menyemak atau mencari rumah yang bakal mereka beli atau sewa. Dalam sistem ini akan memaparkan beberapa skim perumahan iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Program Rumah Transit dan Program Perumahan Rakyat (PPR). Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi SPRN.

Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit Secara Online

TEDUH merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyediakan satu gerbang utama perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.

Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit Secara Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Perumahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Apakah Skim Perumahan yang ditawarkan oleh JPN?

Skim Perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara adalah:

  • Program Perumahan Rakyat Disewa (PPR Disewa);
  • Program Perumahan Rakyat Dimiliki (PPR Dimiliki);
  • Skim Perumahan Pinjaman (SPP);
  • Rumah Transit (RT);
  • Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome).

A. Skim Program Perumahan Rakyat (PPR)

Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Syarat Kelayakan PPR

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Keutamaan bagi yang berkeluarga; dan
  • Belum memiliki rumah.

B. Skim Rumah Transit

Program perumahan yang dinamakan Rumah Transit bagi memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun.

Syarat Kelayakan Program Rumah Transit

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Keutamaan bagi yang berkeluarga; dan
  • Belum memiliki rumah.

C. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta. Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Syarat Kelayakan Skim MYHOME

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja.
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah

Cara Pendaftaran Skim Perumahan

A. DAFTAR AKAUN PEMOHON

1. Sebelum permohonan dibuat anda hendaklah mendaftar akaun di pautan
https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat e-mail.

Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit Secara Online

B. PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN

1. Pastikan email yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.

2. Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.

3. Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru seperti gambar di bawah.

Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit Secara Online

C. SILA PILIH SKIM

1. Setelah itu, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan iaitu SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.

2. Baca syarat-syarat yang dinyatakan dan klik pada butang ‘Pilih Skim Yang Di Inginkan’.

3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan sahih.

D. DOKUMEN SOKONGAN

1. Seterusnya, pemohon hendaklah klik pada ‘DOKUMEN SOKONGAN’ untuk menghantar semua maklumat yang diminta sebagai bukti permohonan.

2. Pastikan dokumen-dokumen yang dihantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

Cara Permohonan Skim Perumahan PPR MyHome PPAM & Rumah Transit Secara Online

E. PENGESAHAN

1. Setelah dokumen sokongan telah dihantar.

2. Seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar.

3. Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke langkah seterusnya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

Pertanyaan Program

  • MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
  • PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
  • Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Teknikal / Masalah Sistem

  • Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
  • Email: teduh@kpkt.gov.my
  • Bahagian Pemantauan Swasta

BACA JUGA : Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

Leave a Reply