Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 e-Filing 2018

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 e-Filing 2018 | Adakah anda pembayar cukai yang ingin mengetahui pelepasan cukai 2017 e-Filling 2018? Pastinya ramai pembayar cukai di Malaysia yang sedang mengemaskini senarai pembelanjaan mereka sepanjang tahun kerana ingin membuat tuntutan pelepasan cukai. Melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), senarai pelepasan cukai pendapatan 2017 e-Filling 2018 kini telah dikeluarkan dan boleh disemak secara online.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 e-Filing 2018

Dengan adanya pelepasan cukai 2017, pembayar cukai boleh mengumpul dokumen dan resit yang berkaitan untuk tuntutan pelepasan cukai. Para pembayar cukai boleh mengisi borang e-Filling 2018 secara online di https://ez.hasil.gov.my/ bermula 1 Mac 2018.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2017 e-Filing 2018

Berikut adalah senarai pelepasan cukai pendapatan 2017/2018 bagi e-Filling 2018 termasuk amaun (RM) :

Kadar Cukai Pendapatan 2017

1. Individu dan saudara tanggungan : RM9,000

2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa

Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu

Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

RM5,000 (Terhad) ATU RM3,000 (Terhad)

3. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) : RM6,000 (Terhad)

4. Individu Kurang Upaya : RM6,000

5. Yuran Pendidikan (Sendiri) : RM7,000 (Terhad)

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;

(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) : RM6,000 (Terhad)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) : RM500 (Terhad)

8. Gaya Hidup : RM2,500 (Terhad)

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan

(iv) Bayaran langganan internet

9. Pembelian peralatan penyusuan : RM1,000 (Terhad)

10. Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah : RM1,000 (Terhad)

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017) : RM6,000 (Terhad)

12. Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.

Syarat kelayakan:

(i) pemastautin warganegara Malaysia;

(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;

(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan

(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

Di mana:

(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman.

(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:

A x B

C

Di mana;

A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;

B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;

C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

13. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri : RM4,000 (Terhad)

14. Suami/ isteri kurang upaya : RM3,500

15. Anak di bawah umur 18 tahun : RM2,000

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) : RM2,000

17. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: RM8,000

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. Anak kurang upaya atau Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. : RM6,000

19. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji. : RM6,000 (Terhad)

20. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. : RM3,000 (Terhad)

21. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji : RM3,000 (Terhad)

22. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) : RM250 (Terhad)

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelepasan cukai 2017 boleh layari ke laman sesawang rasmi LHDN.

Selamat membuat semakan senarau pelepasan cukai 2018 e-filling 2018. Semoga perkongsian ini dijadikan rujukan buat anda.

Leave a Reply