Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online. Perhatian buat pemohon Bantuan Prihatin Nasional yang mempunyai rekod data percukaian dengan LHDNM serta diluluskan bantuan tersebut tetapi tidak dikreditkan ke akaun. Untuk makluman, kini anda boleh buat pengemaskinian maklumat akaun bank bagi bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui aplikasi e-kemaskini. Pengemaskinian maklumat akaun bank tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi membolehkan bayaran BPN mereka dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei 2020.
Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengemaskinian maklumat akaun bank bagi bayaran Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan aplikasi kemaskini :
Cara Pengemaskinian Maklumat Akaun Bank
1. Anda boleh buat kemaskini maklumat akaun bank yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini https://ez.hasil.gov.my/.
2. Log masuk ke profil anda menggunakan nombor kad pengenalan anda dan klik hantar.
3. Setelah itu, anda boleh kemaskini maklumat akaun bank anda.
LHDNM menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran Bantuan Prihatin Nasional.
Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN. FAQ BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf.
Artikel Berkaitan : Cara Dapatkan Nombor Siri BPN Bagi Pemohon Tiada Akaun Bank Yang Aktif
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN, melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat atau akaun Facebook dan Twitter rasmi LHDN.
BACA JUGA : Cara Semak Duit Masuk Bantuan Prihatin Nasional