Maksud 8 Status Permohonan BSH 2020 Yang Anda Perlu Tahu

Maksud 8 Status Permohonan BSH 2020 Yang Anda Perlu Tahu. Anda dah semak status permohonan BSH 2020? Untuk makluman, pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Fasa 3 mula dikreditkan ke akaun bank pada 24 Julai 2020 secara berperingkat. Sekiranya tiada akaun bank, pengkreditan akan dibuat menerusi baucar yang boleh penunaian di Kaunter BSN sehingga 31 Disember 2020. Namun begitu, ada juga pemohon yang masih tidak lulus permohonan dan berstatus ‘Dalam Proses‘. Apakah maksud status permohonan tersebut?

Maksud 8 Status Permohonan BSH 2020 Yang Anda Perlu Tahu

Maksud 8 Status Permohonan BSH 2020 Yang Anda Perlu Tahu

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan BSH 2020 termasuk memaparkan semakan status dan maksud Status permohonan :

Semakan Status Permohonan BSH 2020

  1. Layari laman sesawang BSH https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  3. Kemudian masukkan No Captcha (Kod Keselamatan).
  4. Keputusan semakan Bantuan Sara Hidup 2020 akan dipaparkan.

Nota : Bagi mereka yang gagal, anda boleh buat rayuan BSH mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Maksud Status Semakan Kelulusan BSH 2020

Permohonan Diterima

Permohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan.

Belum Kemas Kini

Permohonan sebelum ini yang telah di bawah ke BSH 2020. Jika tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan tersebut akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.

Dalam Proses

Permohonan anda masih dalam tindakan proses penentuan kelayakan sama anda lulus atau gagal.

Artikel Berkaitan : Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang Daripada Sepatutnya, Ini Perjelasan LHDN

Tidak Layak

Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak. Sekiranya anda berstatus tidak layak boleh kemukakan rayuan BSH yang dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Tiada Rekod

Tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Permohonan hanya boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020 sahaja. Permohonan untuk tahun 2020 telah ditutup dan hanya bagi yang berstatus tidak layak sahaja boleh kemukakan rayuan BSH mulai 7 Ogos 2020.

Dalam Proses Pengkreditan

Merujuk kepada data pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020 dalam Proses Pengkreditan ke akaun mulai 24 Julai 2020.

Gagal Kredit

Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diposkan kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut/ Maklumat No Baucar bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Pembayaran Secara Tunai

Anda boleh buat penunaian BSH 2020 Fasa 3 Di Kaunter BSN mulai 24 Julai hingga 31 Disember 2020.

BACA JUGA : Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus

One Response

  1. Ainin Binti Youp Haron/Mohd Isa bin Che Sang July 29, 2020

Leave a Reply