Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang Daripada Sepatutnya, Ini Perjelasan LHDN

Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang Daripada Sepatutnya, Ini Perjelasan LHDN. Anda dah semak status kelulusan BSH 2020 Fasa 3? Untuk makluman, kini anda boleh menyemak status permohonan BSH 2020 secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi BSH. Pembayaran BSH Fasa 3 akan mula diagihkan pada 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing. Rata-rata gembira dengan pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa ketiga yang dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha. Namun, ada pula penerima yang kurang berpuas hati kepada jumlah bayaran BSH Fasa 3. Pembayaran BSH tidak seperti yang diharapkan? Berikut adalah penjelasan LHDN bagi menjawab kekeliruan yang timbul dalam kalangan pemohon BSH.

Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang Daripada Sepatutnya, Ini Perjelasan LHDN

Punca Bayaran BSH 2020 Fasa 3 Kurang Daripada Sepatutnya, Ini Perjelasan LHDN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang punca pembayaran BSH 2020 kurang daripada sepatutnya termasuk memaparkan cara semakan :

KES 1 : STATUS BSH BERTUKAR

Sebelum iini permohonan BSH Fasa Pertama dan Kedua lulus tetapi Fasa Ketiga berubah kepada permohonan diterima atau kelulusan akan dimaklumkan.

Selepas mendapat keterangan daripada pihak BSH, mereka maklumkan hal ini kerana tidak semua penerima Fasa 1 dan Fasa 2 yang akan layak menerima Fasa 3.

Artikel Berkaitan : Maksud Status Dalam Proses BSH 2020

KES 2 : BAYARAN KURANG WALAUPUN GAJI BAWAH RM2,000

Selain itu, pemohon juga turut menerima bayaran kurang daripada sepatutnya walaupun gaji di bawah RM2,000. Pembayaran BSH yang diterima tidak sama seperti yang dimaklumkan oleh pihak BSH.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak menerima bayaran Fasa 1 dan Fasa 2 akan dibayar sekaligus bersama Fasa Ketiga. Untuk makluman, LHDNM mengambil kira gaji kasar pendapatan iaitu gaji sebenar sebelum ditolak Elaun, KWSP, OT dan lain-lain lagi.

KES 3: BAYARAN TAMBAHAN RM120

Bagi isi rumah layak menerima bayaran RM120 sekiranya mempunyai anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah dan terhad kepada 4 orang anak setiap keluarga. Namun ada yang kurang puas hati dengan bayaran tambahan kerana kurang faham syarat-syarat kelayakan penerimaan bayaran tambahan RM120.

Contoh Kes Yang Dirujuk Kepada LHDN

Setelah menghubungi pihak LHDN, salah seorang pengguna telah mendapat perjelasan mengenai bayaran yang diterimanya kurang daripada diharapkan :

Pagi-pagi dah call LHDN. Tanya kenapa saya dapat BSH kurang. Kalau diikutkan gaji atas RM2000 (yang diterima). Sedangkan gaji bawah RM2000..

Rupanya LHDN ikut potongan KWSP. Sebab gaji husband campur elaun tetap dengan OT semua dah RM2600 (atas RM2k). Jadi dia ikut pendapatan kasar.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

  • Laman web : https://bsh.hasil.gov.my
  • Hubungi LHDN di hotline BSH (1-800-88-2747)
  • Pusat Hubungan Pelanggan BSN (1-300-88-1900

BACA JUGA : Semakan Status Permohonan BSH 2020 Fasa 3

2 Comments

  1. Kalaivani July 29, 2020
  2. Winnie July 29, 2020

Leave a Reply