Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus Secara Online (Borang)

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus Secara Online (Borang). Anda dah semak status kelulusan BSH 2020? Panduan buat pemohon yang ingin membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020. Untuk makluman seperti yang diumumkan oleh kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga akan mula dikreditkan pada 24 Julai 2020 berdasarkan kategori BSH. Bagi anda yang berstatus tidak lulus atau gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara online atau hadir ke LHDN mulai 7 Ogos sehingga 6 September 2020.

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus Secara Online (Borang)

Permohonan Rayuan BSH 2020 Bagi Tidak Lulus Secara Online (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan cara rayuan :

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3

Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM120 untuk anak yang dijangka akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Cara Mohon Rayuan BSH 2020

Bagi mereka yang berstatus tidak layak atau tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

Sebelum hadir, sila pastikan anda membawa beberapa dokumen sokongan beserta borang permohonan lengkap diisi seperti berikut:

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020

Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang keterangan lanjut, anda boleh layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Leave a Reply