Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Julai Dan Berikutnya (Tarikh)

Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Julai Dan Berikutnya. Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama dan kedua telah dikreditkan ke akaun masing-masing mulai 4 Mei dan 1 Jun 2020. Bagi yang gagal dikreditkan, anda perlu membuat pengemaskinian akaun bank di portal I-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Bilakah tarikh bayaran i-Lestari KWSP bagi bulan berikutnya? Menurut makluman daripada KWSP, pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan berikutnya akan dikreditkan pada tanggal 1 hari bulan tertakluk hari bekerja.

Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Julai Dan Berikutnya (Tarikh)

Bagi anda yang nak buat permohonan baru Pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Semakan status pengeluaran i-Lestari boleh disemak secara online di laman portal i-Lestari Online. Pengeluaran i-Lestari adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.

Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Julai Dan Berikutnya (Tarikh)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan tarikh, semakan i-Akaun, semakan status i-Lestari dan cara pembayaran :

Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP

Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

ILUSTRASI

i. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

ii. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

iii. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP

Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Jika pada 1 Julai 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Jadual Pembayaran i-Lestari KWSP Bulan Julai Dan Berikutnya (Tarikh)
Jadual Bayaran i-Lestari KWSP

Peringatan : Jadual di atas hanya lah sebagai panduan buat pemohon i-Lestari KWSP sahaja. Tarikh yang ditunjukkan tertakluk kepada perubahan.

Cara Semak Baki & Transaksi Bayaran i-Lestari KWSP

Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki dan transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :

  • Login i-Akaun
  • Pilih Withdrawal/Pengeluaran
  • Pilih Withdrawal History

Artikel Berkaitan : Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Gagal Dikreditkan Ke Akaun

Cara Semak Status Pengeluaran I-Lestari KWSP

  • Ahli perlu melayari laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
  • Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
  • Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang i-Lestari KWSP, Ahli boleh menghubungi melalui talian hotline KWSP 03 8922 4848.

BACA JUGA : Cara Daftar eKasih Bagi Golongan Miskin

Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.

2 Comments

  1. Norhayati ismail June 22, 2020
  2. Mohd Haniff Bin Kadri August 10, 2020

Leave a Reply