Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bersama Tambahan RM100 & e-Wallet RM50 Mulai Julai. Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup yang bakal menerima bayaran Fasa 3. Untuk makluman menerusi portal BSH menyatakan pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) bakal menerima bayaran BSH Tambahan RM100 bersama Fasa 3 dan e-Dompet RM50 yang dikreditkan ke akaun pada Julai nanti. Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baharu BSH boleh semak status menerusi portal BSH pada tarikh yang ditetapkan.

Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 pada bulan Januari 2020 manakala fasa kedua BSH pula dibayar sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020. Sedia maklum, sebelum ini kerajaan ada memperkenalkan kategori tambahan buat anak, tetapi tahun ini kategori tambahan adalah bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 18 tahun dan ke atas.
Tarikh Pembayaran BSH Fasa 3 Bersama Tambahan RM100 & e-Wallet RM50 Mulai Julai
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh bayaran BSH Tambahan RM100 bersama Fasa 3 dan e-Dompet RM50 termasuk memaparkan tarikh, jumlah pembayaran dan semakan status :
Menerusi Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) oleh Perdana Menteri mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu e-dompet RM50 yang akan memanfaatkan kepada 15 juta mulai bulan Julai 2020.
Kategori dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020
- Jumlah BSH RM1000 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
- Jumlah BSH RM750 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
- Jumlah BSH RM500 tambah RM120/ Anak Isi Rumah pendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
- Jumlah BSH RM200 diberikan kepada kategori Bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
- Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020
Penerima BSH akan menerima tambahan RM100 bersama bayaran Fasa 3 yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing. Dijadualkan pengkreditan ke akaun mulai bulan Julai 2020.
Tarikh Penebusan e-dompet RM50
Kredit e-dompet berjumlah RM50 akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal. Dijangka kerajaan akan menawarkan kredit RM50 ini bermula bulan Julai 2020.
Nota : Berdasarkan makluman terkini, penebusan kredit RM50 e-dompet boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MySejahtera di Google Play Store, Apple App dan Huawei AppGallery.
Semakan Status Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Online
1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/.
2. Klik pada butang ‘Semakan Status Bayaran’.
3. Kemudian, masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ yang disahkan dan klik pada butang carian.
4. Isi semula kod CAPTCHA seperti yang tertera.
5. Kemudian, klik pada butang semak.
6. Status permohonan akan dipaparkan sama ada lulus atau gagal.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BSH, sila hubungi :
- Nombor Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03 – 8882 4565/03 – 8882 4566
- Nombor Bebas Tol LHDN: 1-800-88-2716
- Web: https://bsh.hasil.gov.my/
BACA JUGA : Cara Tebus e-dompet RM50 Bantuan Dikreditkan Mulai Julai 2020 (PENJANA)


