Tarikh Dan Semakan Bayaran BSH Tambahan RM100 Dibayar Bersama Fasa 3 Pada Julai 2020. Panduan buat penerima yang layak menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Bilakah tarikh bayaran Fasa 3 BSH 2020? Untuk makluman, kerajaan baharu Malaysia masih meneruskan Bantuan Sara Hidup yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 termasuk bujang dan Orang Kurang Upaya (OKU). Menurut makluman terkini, pembayaran tambahan RM100 akan dibayar bersama fasa ketiga BSH pada bulan Julai 2020. Bagi permohonan baharu anda boleh buat semakan BSH secara atas talian (online) menerusi portal BSH.

Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 pada bulan Januari 2020 manakala fasa kedua BSH pula dibayar sebanyak RM200 pada 16 Mac 2020. Sedia maklum, sebelum ini kerajaan ada memperkenalkan kategori tambahan buat anak, tetapi tahun ini kategori tambahan adalah bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 18 tahun dan ke atas.
Tarikh Dan Semakan Bayaran BSH Tambahan RM100 Dibayar Bersama Fasa 3 Pada Julai 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup tahun 2020 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :
Dalam pengumuman Bantuan Sara Hidup dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan baki pemberian tunai BSH yang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 billion.
Kategori Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020
1. Jumlah BSH RM1000 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
2. Jumlah BSH RM750 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
3. Jumlah BSH RM500 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
4. Individu bujang berusia 40 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
5. Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah.
Artikel Berkaitan : Benarkah Tambahan RM1000 Penerima BSH B40 Pada Bulan Jun?
Tarikh dan Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup 2020
Menurut portal BSH, kerajaan akan membayar tambahan RM100 kepada setiap penerima Bantuan Sara Hidup. Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020. Tarikh sebenar bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan Status Bayaran BSH 2020 Online
- Semakan status boleh dibuat secara online di portal https://bsh.hasil.gov.my/
- Pilih menu ‘Semakan Status Bayaran’.
- Sila masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’.
- Klik pada butang Carian.
- Ruangan Captcha akan dipaparkan dan isikan semula kod Captcha seperti yang tertera.
- Kemudian, klik butang ‘Semak’.
- Status bayaran akan dipaparkan.
Kaedah Pembayaran BSH 2020
Pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020 adalah merujuk kepada kaedah pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 seperti berikut:
i. Berjaya Kredit ke akaun
Pembayaran akan dilakukan kepada akaun bank Penerima Fasa Pertama BSH 2020
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 secara tunai; atau
b. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 berstatus Gagal Kredit
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BSH, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my.
BACA JUGA : Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU


