Senarai Pakej Umrah 2019 Terbaik

Senarai Pakej Umrah 2019 Terbaik. Adakah anda merancang nak buat umrah tahun 2019? Apakah senarai pakej umrah 2019 terbaik dan sesuai buat anda? Seperti sedia maklum, di Malaysia ramai jemaah umrah terjerat dengan penipuan pakej umrah yang ditawarkan dengan kadar harga yang jauh lebih murah berbanding dengan syarikat pelancongan berdaftar. Kini anda boleh membuat semakan agensi pengelola umrah secara online. Oleh itu, anda perlu memilih pakej-pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang berdaftar termasuk Tabung Haji Malaysia (TH).

Senarai Pakej Umrah 2019 Terbaik

Senarai Pakej Umrah 2019 Terbaik

Berikut dikongsikan adalah senarai pakej Umrah yang terbaik buat bakal jemaah umrah 2019 termasuk tips pilih pakej umrah:

○ Jadual Kursus Haji 2018 Bagi Semua Negeri Malaysia

○ Semakan Daftar Tawaran Haji 2018 Online

1. Pakej Umrah Tabung Haji

Pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia ada menawarkan beberapa pakej umrah yang menarik mengikut kadar harga buat bakal-bakal jemaah. Seperti anda tahu, Tabung Haji sebuah institusi yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan jemaah haji dan juga umrah setiap tahun.

Terdapat beberapa pakej umrah antaranya adalah Pakej Ziarah Baitulmaqadis, Pakej Delima, Pakej Fairuz, Pakej Aqiq, Pakej Firdaus dan banyak lagi. Untuk membuat tempahan pakej umrah Tabung Haji 2018 boleh layari ke portal web http://www.thts.com.my/umrah.

2. Pakej Umrah Andalusia

Syarikat Andalusia tidak dinafikan antara syarikat swasta berdaftar yang menawarkan pakej umrah yang terbaik dan kadar harga berpatutan. Mereka menawarkan beberapa pakej umrah mengikut kategori iaitu umrah ziarah, umrah transit, umrah penerbangan terus dan umrah sewa khas.

Umrah Ziarah

○ Umrah Ziarah Cairo & Iskandariah + Muscat : Harga dari RM6790.00

○ Umrah Ziarah Istanbul & Bursa : Harga dari RM7,490.00

Umrah Transit

○ Transit & Halfday Oman Air : Harga dari RM5290.00

○ Transit Abu Dhabi : Harga dari RM5,690.00

Umrah Penerbangan Terus

○ D7 AirAsia X Makkah Millennium Towers : Harga dari RM7190.00

○ Umrah Saudi Airlines : Harga dari RM5890.00

○ D7 AirAsia X : Harga dari RM5190.00

* Kadar harga pakej umrah Andalusia mengikut harga terkini. Jika ada perubahan akan dikemaskini dari semasa. Info lanjut tentang pakej umrah Andalusia boleh layari ke http://www.andalusia2u.com/.

3. Pakej Umrah Barakah Umraj

Syarikat Barakah Umhaj turut menawarkan pakej umrah yang menarik dan sesuai untuk para jemaah umrah yang terdiri iaitu Umrah Biasa, Umrah Cuti Sekolah, Umrah Ramadhan, Umrah Al-Aqsa dan Umrah Cairo. Info lanjut tentang pakej Umrah Barakah Umraj boleh layari ke laman web http://barakahumhaj.com.my/.

Senarai Harga Pakej Umrah Barakah Umraj

● Umrah Biasa : RM5,880.00

● Umrah Cuti Sekolah : RM6,880.00

● Umrah Ramadhan : Awal (RM7,980.00) / Akhir (RM9,880.00)

● Umrah Al-Aqsa : RM8,850.00

● Umrah Cairo : RM7,480.00

4. Pakej Umrah Rayhar

Pakej Umrah Rayhar adalah antara syarikat  terbaik yang mengendalikan umrah dan haji. Info lanjut boleh layari ke http://www.rayhar.com.

Tips Pilih Pakej Umrah

1. Status Kesihatan Terkini

Perkara asas atau utama yang jemaah umrah perlu titikberatkan mengenai pakej yang akan dipilih adalah status kesihatan anda. Bagi anda yang sihat sudah tentu tak kisah berjalan kaki agak jauh dari hotel ke Masjidil Haram. Berbanding pula bagi anda yang ada masalah kesihatan seperti keuzuran fizikal sudah tentunya ia memberi masalah atau mengganggu kelancaran perjalanan umrah nanti.

2. Hotel

Seperti anda tahu pakej-pakej yang ditawarkan biasanya hotel yang bertaraf 3, 4 atau 5 bintang. Jika hotel anda yang didiami berada lebih dekat dengan Masjidil Haram, maka harganya semakin mahal. Ia bergantung juga bilik hotel yang ditawarkan sama ada double, triple atau quad.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat bakal jemaah umrah untuk memilih pakej umrah yang dikehendaki. Selamat menunaikan umrah!

Leave a Reply