Cara Mohon Rumah PPR Dan PR1MA 2020 Online Untuk Golongan B40. Anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah mampu milik. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah menyediakan satu skim perumahan iaitu Program Perumahan Rakyat (PPR) dan PR1MA khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki rumah pertama. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon rumah PPR Dan PR1MA secara atas talian (online) menerusi portal SPRN.

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah merupakan satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). PPR terdiri daripada 2 jenis iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki iaitu rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak. Kini, kerajaan menyediakan satu sistem online iaitu TEDUH yang dibangunkan untuk memaparkan beberapa skim perumahan di Malaysia antaranya iaitu Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome), Skim Pinjaman Perumahan (SPP), Program Rumah Transit termasuk Program Perumahan Rakyat.
Cara Mohon Rumah PPR Dan PR1MA 2020 Online Untuk Golongan B40
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Perumahan Rakyat dan PR1MA termasuk memaparkan syarat kelayakan, jenis perumahan, cara pendaftaran dan semakan :
Syarat Kelayakan Permohonan PPR Dan PR1MA
A. SKIM PPR DISEWA
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
B. SKIM PPR DIMILIKI
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Ciri Perumahan PPR
Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
B. PROJEK PPR DISEWA
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Cara Pendaftaran Rumah PPR Dan PR1MA
Untuk permohonan anda perlu membuat pendaftaran akaun SPRN menerusi pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register.
Sebarang keterangan lanjut sila hubungi di talian :
- Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumahan : 03-8891 4052 / 4059 / 4384
- Melalui emel pertanyaan Skim PPR Dimiliki: ppr@kpkt.gov.my
- Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my
BACA JUGA : Permohonan Skim Perumahan MyHome PPAM & Rumah Transit Online


