Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 [TERKINI]

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023. Umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 21 April 2023 bersamaan dengan 1 Syawal 1444H. Sudah pastinya di antara kita akan terasa sedih atau hiba dimana Puasa Ramadan akan berlalu pergi. Tetapi tak kurang juga antara kita yang membuat persiapan rapi untuk menjelang Hari Raya Aidilfitri. Dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri ini, setiap insan tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan memohon maaf atau ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Berikut adalah koleksi ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan ketibaan bulan Syawal tahun 2023 :

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2022

Ramadhan bakal beransur pergi,

Syawal menjelma di Aidilfitri,

Seikhlas hati menyusun jari,

Memohon dimaaf kekhilafan diri,

Salam aidilfitri,

Maaf zahir batin.

Cahaya ramadhan berlalu pergi,

Menyambut tibanya Aidilfitri,

Ampun maaf segala peri,

Semoga ikatan kekal dihati,

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Satu syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun diminta di hari mulia,

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 2022

Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,

SMS dihantar pengganti hari raya,

Tanda ingatan di Aidilfitri.

Sungai disusur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap maafkan.

Bulan ramadhan bulan yang mulia,

Disambut dengan hati yang gembira,

Kini syawal semakin menjelma,

Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Disisir andam dengan cekap,

Potong rambut pelbagai gaya,

Puasa sebulan sudahlah lengkap,

Kita menyambut hari raya.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!

BACA JUGA : Senarai Kadar Zakat Fitrah 2023

Leave a Reply