Permohonan Wang Tunai RM100 Inisiatif Wilayah Cakna Untuk Penghuni PA/PPR DBKL. Anda penghuni PA dan PPR DBKL yang berdaftar? Berita baik buat anda dimana DBKL mengumumkan sumbangan atau bantuan wang tunai RM100 di bawah Inisiatif Wilayah Cakna khususnya kepada penghuni (pemilik atau penyewa) PA dan PPR. Penghuni yang layak perlu melayari laman web rasmi http://eperumahan.dbkl..gov.my bermula 13 April sehingga 15 Mei 2020. Penerima yang layak akan menerima sumbangan wang tunai RM100 melalui akaun bank masing-masing.
Pemberian sumbangan wang tunai RM100 kepada penghuni (pemilik atau penyewa) Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu sumbangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Inisiatif Wilayah Cakna. Pemohon boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing antara 3 dan 7 hari bekerja dari tarikh kemaskini. Sumbangan wang akan disalurkan menerusi akaun bank masing-masing secara berperingkat.
Permohonan Wang Tunai RM100 Inisiatif Wilayah Cakna Untuk Penghuni PA/PPR DBKL
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Inisiatif Wilayah Cakna termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 13 April – 15 Mei 2020
Syarat Kelayakan Bantuan Wang Tunai RM100 PA dan PPR
Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Wang Tunai RM100 PA dan PPR adalah seperti berikut:
1. Layak kepada penghuni yang mendiami unit (pemilik atau penyewa).
2. Warganegara yang menghuni PA dan PPR berdaftar.
Cara Permohonan Bantuan Wang Tunai RM100 Penghuni PA dan PPR
1. Pemohon perlu layari laman sesawang http://eperumahan.dbkl..gov.my/ dan membuat carian menggunakan No Kad Pengenalan bagi Pemilik Sendiri dan No Unit dan Kawasan PA PPR bagi Penyewa.
2. Setiap penghuni wajib mengunci masuk maklumat yang sah seperti berikut:
- No. Kad Pengenalan
- No. Akaun Bank
- Alamat Emel
- Nama Bank
- No. Telefon
3. Penghuni boleh mengunci masuk maklumat seperti di para 2 mulai 13 April sehingga 15 Mei 2020. Jika nombor kad pengenalan tidak dijumpai, sila isi borang khas yang disediakan. Maklumat anda akan disemak dan diperakukan oleh DBKL bagi menentukan kesahihan maklumat.
CARA PENYALURAN
Sumbangan wang tunai RM100 bagi setiap unit rumah melalui akaun bank masing-masing (melalui kaedah autopay) secara berperingkat.
Nota : Penghuni boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing selepas 3 hingga 7 hari bekerja dari tarikh pengemaskinian.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui jpkkcovid19@gmail.com.