Cara Mohon Rayuan Tambahan BSH 2020 Bagi Kelayakan Anak & Jumlah Pendapatan

Cara Mohon Rayuan Tambahan BSH 2020 Bagi Kelayakan Anak & Jumlah Pendapatan. Nak buat rayuan tambahan BSH 2020? Berita baik buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang berstatus tidak lulus. Untuk makluman, pemohon yang berstatus tidak lulus boleh kemukakan rayuan tambahan BSH bagi kelayakan anak dan perubahan pendapatan bermula daripada 7 Ogos hingga 6 September 2020. Permohonan rayuan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau hadir sendiri di mana-mana cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil dan Urban Transformation Centre (UTC).

Cara Mohon Rayuan Tambahan BSH 2020 Bagi Kelayakan Anak & Jumlah Pendapatan

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga telah diagihkan kepada yang layak bermula daripada 24 Julai 2020 secara berperingkat. Bagi pengkreditan gagal, pemohon boleh membuat penunaian di Kaunter BSN sehingga 31 Disember 2020.

Cara Mohon Rayuan Tambahan BSH 2020 Bagi Kelayakan Anak & Jumlah Pendapatan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup BSH 2020 termasuk memaparkan tarikh dan cara rayuan serta dokumen sokongan diperlukan :

Tarikh Permohonan Rayuan BSH 2020

Pembayaran BSH 2020 Fasa 3 telah dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 24 Julai 2020 secara berperingkat. Manakala pemohon yang berstatus tidak lulus boleh kemukakan rayuan BSH mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Apa Maksud Rayuan Tambahan BSH 2020

Rayuan tambahan bermaksud satu proses rayuan untuk pemohon yang lulus BSH 2020 tetapi ingin membuat rayuan tambahan bagi kelayakan anak dan pendapatan.

Artikel Berkaitan : Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 JPW

Cara Permohonan Rayuan Tambahan BSH 2020

1. Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian di portal BSH atau memuat turun BORANG RAYUAN BSH BK-07 untuk mengisi borang permohonan rayuan TAMBAHAN BSH.

2. Lengkapkan borang rayuan BSH BK-07 tersebut.

3. Kemudian, isikan juga BORANG SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN BSH.

4. Kemudian, sediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Bilangan anak – Dokumen asal dan salinan MyKAD / MyKID anak dan sijil lahir anak
  • Jumlah pendapatan – Slip gaji, penyata gaji dan penyata komisen (jika perlu)

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BSH, sila hubungi di talian :

  • Web : https://bsh.hasil.gov.my/
  • Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
  • Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
  • Emel : bsh@treasury.gov.my

BACA JUGA : Cara Tebus RM50 ePENJANA Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Leave a Reply