Cara Mohon Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) Bagi PKS Mulai 3 Jun 2020. Panduan buat anda yang telah membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP). Bilakah tarikh bayaran Geran Khas Prihatin? Untuk makluman, semakan status Geran Khas Prihatin boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 3 Jun 2020 menerusi portal GKP Hasil. Bagi anda yang berstatus lulus akan menerima bayaran sebanyak RM3000. Manakala, bagi anda yang gagal boleh kemukakan rayuan GKP mulai 3 Jun hingga 15 Jun 2020.

Sepanjang tempoh permohonan GKP dibuka mulai 1 Mei sehingga 15 Mei 2020. LHDNM telah menerima sebanyak 642,976 permohonan dan sebanyak 488857 permohonan telah diluluskan. Pemohon GKP yang diluluskan akan menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing mulai 15 Jun 2020. Bagi permohonan yang masih dalam semakan, keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun 2020. Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
Cara Mohon Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) Bagi PKS Mulai 3 Jun 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Geran Khas Prihatin termasuk memaparkan jumlah dan aplikasi rayuan :
Jumlah Bayaran Geran Khas Prihatin
Jumlah nilai Geran Khas Prihatin adalah sebanyak RM3,000 yang dibayar secara one-off.
Cara Semak Status Geran Khas Prihatin
- Semakan boleh dibuat secara online di laman web GKP https://gkp.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik Log Masuk dan masukkan ID Pengguna yang disahkan.
- Klik pada butang ‘Semak’.
- Kemudian, anda akan dipaparkan maklumat seperti Nama, No. MyKad dan Status Permohonan.
- Klik pada ‘Status Permohonan’ untuk ketahui permohonan sama ada LULUS atau GAGAL
Cara Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin
Bagi anda yang berstatus gagal boleh membuat permohonan rayuan GKP secara online mulai 3 Jun sehingga 15 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP https://gkp.hasil.gov.my/
Nota : Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun 2020 manakala pembayaran pula dijangka dibuat mulai 29 Jun 2020.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang GKP, sila hubungi di talian :
- HASIL Care Line: 03 – 89111000
- Laman Web LHDN: http://www.hasil.gov.my/
BACA JUGA : Semakan Kelulusan Geran Khas Prihatin PKS


