Cara Mohon Program Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40 Terjejas COVID-19

Cara Mohon Program Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40 Terjejas COVID-19. Berita baik buat golongan peniaga B40 dan M40 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI), kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan Program Insan Johor khususnya kepada peniaga dalam kalangan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Permohonan Program Insan Johor boleh diisi melalui platform ‘Google Form’ bermula 11 Jun hingga 4 Julai 2020.

Cara Mohon Program Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40 Terjejas COVID-19

Sebelum ini, kerajaan negeri Johor melancarkan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor sebanyak RM250 hingga RM500. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada peniaga B40 dan M40 yang terkesan teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terdapat lima pakej bantuan ditawarkan iaitu Pakej Jahitan, Pakej Automotif, Pakej Agro, Pakej Gunting Rambut Lelaki, Pakej Makanan dan Minuman. Bantuan ini juga merangkumi latihan dan kursus kemahiran seperti pemasaran atas talian dan pengurusan kewangan.

Cara Mohon Program Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40 Terjejas COVID-19

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Insan Johor Peniaga B40 dan M40 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : 11 Jun – 4 Julai 2020

Apa Itu Program Insan Johor Peniaga B40 & M40?

Program Insan Johor adalah merupakan satu bantuan khas daripada Negeri Johor khususnya kepada peniaga B40 dan M40 yang terjejas Covid-19. Ianya selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor iaitu meneruskan legasi kemakmuran negeri dalam pelbagai bidang khususnya mengukuhkan agenda pembangunan modal insan demi manfaat rakyat Negeri Johor.

Senarai Pakej Bantuan Program Insan Johor Peniaga B40 & M40

Terdapat lima (5) pakej bantuan yang ditawarkan antaranya iaitu Pakej Jahitan, Pakej Automotif, Pakej Agro, Pakej Gunting Rambut Lelaki, Pakej Makanan dan Minuman.

Syarat Kelayakan Program Insan Johor 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Program Insan Johor adalah seperti berikut :

  • Lahir di negeri Johor atau telah bermastautin negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  • Berumur 18 hingga 60 tahun semasa permohonan.
  • Diutamakan kepada yang BELUM PERNAH menerima bantuan peralatan dariada agensi kerajaan sejak tahun 2016.
  • Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
  • Satu permohonan sahaja di kalangan isi rumah
Cara Mohon Program Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40 Terjejas COVID-19
Cara Mohon Program Insan Johor Untuk Peniaga B40 & M40 Terjejas COVID-19

Cara Permohonan Program Insan Johor Peniaga B40 & M40

Isi borang permohonan melalui platform ‘’Google Form’’ dan pautan permohonan boleh didapati di Laman Facebook UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR bermula 11 Jun 2020 sehingga 4 Julai 2020.

Nota : Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah TIDAK BERJAYA.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi urus setia di talian 07-266 7271 / 7269 atau layari laman sosial FB Unit Strategik Modal Insan Johor.

BACA JUGA : Cara Mohon Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor

Leave a Reply