Cara Memohon Dan Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal RM300 Secara Online. Bilakah tarikh bayaran Bantuan Ibu Tunggal RM300? Panduan buat golongan ibu tunggal yang membuat permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 tahun 2020. Untuk makluman menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu bantuan iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) kepada ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita.

Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui Pejabat Pembangunan Wanita, JKM Negeri dan menerusi portal JPW.
Cara Memohon Dan Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal RM300 Secara Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara pendaftaran serta semakan status :
Syarat Kelayakan Bantuan Ibu Tunggal RM300
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal).
- Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.
Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal RM300
Pendaftaran bantuan ibu tunggal ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/
Cara Semak Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300
1. Bagi anda yang sudah membuat permohonan boleh semak status menerusi laman web rasmi http://bkit.jpw.gov.my/semakan pemohon.
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang ‘Cari’.
Nota : Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif. Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020.
Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia
No. Tel : 03 – 8323 1000
No. Faks : 03 – 8323 2034
Email : infojpw@jpw.gov.my
Web : www.jpw.gov.my


