Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN)

Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN). Nak dapatkan diskaun bil elektrik? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan Malaysia mengumumkan pemberian diskaun bil elektrik kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia. Pemberian diskaun ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dengan memberi tumpuan kepada pengguna yang menggunakan elektrik sehingga 600kWh atau RM231.80 sebulan. Kadar diskaun adalah di antara 15% hingga 50% bergantung kepada jumlah penggunaan elektrik masing-masing bermula 1 April sehingga 30 September 2020.

Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN)

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 ini hampir semua rakyat duduk di rumah dan sudah tentunya penggunaan elektrik akan lebih tinggi daripada kebiasaanya. Bayangkan kipas, lampu dan TV mungkin digunakan sepanjang masa di rumah. Itu belum masuk lagi penggunaan penghawa dingin dan gajet seperti laptop, smartphone dan tablet yang mungkin digunakan lebih daripada 12 jam sehari. Benar tidak?

Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN)

Untuk mendapatkan diskaun 50 peratus bil elektrik selama 6 bulan, apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan penggunaan elektrik rumah anda tidak melebihi 200kWh atau RM43.60 sebulan. Ikuti maklumat ringkas diskaun bil elektrik TNB di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN seperti di bawah.

Jumlah Diskaun Bil Elektrik TNB

Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:

✅ Jika anda menggunakan 200 kWh ke bawah atau RM43.60 sebulan, anda akan terima diskaun 50%.

✅ Jika anda menggunakan antara 201 – 300 kWh atau RM43.70 sehingga RM77.10 sebulan, anda akan terima diskaun 25%.

✅ Jika anda menggunakan antara 301 – 600 kWh atau RM77.10 sehingga RM231.80 sebulan, anda akan terima diskaun 15%.

✅ Jika anda menggunakan lebih 600 kWh atau RM231.90 dan ke atas sebulan, anda akan terima diskaun 2%.

Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN)

Kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.

Kategori Yang Layak Menerima Diskaun Bil Elektrik

  • Domestik/ Kediaman
  • Perindustrian
  • Pertanian Spesifik
  • Perdagangan

Cara Kira Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik

Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Domestik Dengan Jumlah Penggunaan Antara 201kWh hingga 300 kWh (Penggunaan Selepas 1 April 2020).

Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN)

Pengiraan Diskaun :
= % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 25% x RM62.64

Jumlah diskaun diterima = (RM 15.66)

Nota : Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sila ke https://www.tnb.com.my/prihatin/

Cara Jimatkan Penggunaan Elektrik di Rumah

Antara cara-cara jimat penggunaan elektrik di rumah :

a. Tutup lampu apabila tidak digunakan

b. Gunakan mentol lampu cekap tenaga (LED).

c. Kurangkan kekerapan buka tutup peti sejuk.

d. Cuci penapis pendingin hawa dengan kerap

e. Hadkan penggunaan pendingin hawa

f. Kurangkan penggunaan peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik, mesin basuh dan pengering pakaian.

Untuk dapatkan maklumat lanjut sila hubungi di talian :

TNB CareLine
Tel : 1-300-88-5454
Emel : tnbcareline@tnb.com.my
Hotline myGCC : 03-8000 8000
Hotline Sekretariat PRE2020 : 03-8882 9089

BACA JUGA : Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Leave a Reply