Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli Dan Sharifah Rose

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli Dan Sharifah Rose. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose sebagai watak utama. Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard akan mula bersiaran pada 15 Mei 2021 setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di slot Lestary TV3. Drama ini arahan Nizam Zakaria di bawah terbitan Creative Skill Solution menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Lisdawati, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Ezzanie Jasny dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard!

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli Dan Sharifah Rose

Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli Dan Sharifah Rose

Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : KEKASIH HATI MR BODYGUARD
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 15 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam
SIARAN TV : Slot Lestary (TV3)
PENULIS NOVEL : Ateen Khali
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar, Hayati Ahmad
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Creative Skill Solution
SENARAI PELAKON : Redza Rosli, Sharifah Rose, Lisdawati, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Ezzanie Jasny, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Sara Jasmin, Munir, Karl, Aishah Atan, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin

Senarai Pelakon Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard

  • Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
  • Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
  • Lisdawati sebagai Puan Latifah
  • Ungku Hariz sebagai Naim
  • Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
  • Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
  • Putera Karl sebagai Umar
  • Ezzanie Jasny sebagai Lola
  • Munir sebagai Nizam

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Hana Aralyn (Sharifah Rose) menjejaki Hadif Akashah (Redza Rosli), seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya.

Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Mereka sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. Nak tahu apa kesudahannya?

Leave a Reply