Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan, Nikmati Elektrik Percuma Dari April Hingga Jun 2020

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan, Nikmati Elektrik Percuma Dari April Hingga Jun 2020. Berita baik buat rakyat Malaysia dimana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung. Hal ini berikutan akibat kenaikan bil elektrik yang melambung tinggi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jangkaan seramai 7.66 pengguna di Malaysia akan menerima manfaat daripada Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang berjumlah keseluruhan RM942 juta.

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan, Nikmati Elektrik Percuma Dari April Hingga Jun 2020

Seramai 4 juta pengguna atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma ini bagi bulan April, Mei dan Jun 2020. Pelanggan akan menikmati bantuan tambahan BPE ini yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2020 secara sekaligus.

Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan, Nikmati Elektrik Percuma Dari April Hingga Jun 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Elektrik termasuk memaparkan senarai bantuan dan kaedah penyaluran :

Apakah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?

Bantuan Prihatin Elektrik adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga September 2020.

Senarai Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

  • Bagi pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau 300kWj ke bawah, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan bermula bulan April hingga Jun 2020.
  • Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj sebulan akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil bulan Julai.
  • Pengguna blok tarif di antara RM232.35 hingga RM395.60 akan menerima diskaun tambahan sebanyak 8 %.

Artikel Berkaitan : Cara Dapatkan Diskaun Bil Elektrik TNB Sehingga 50% Selama 6 Bulan (PRIHATIN)

Kaedah Penyaluran Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, pengguna yang terbabit dalam bantuan ini akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun tahun 2020 yang akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada Julai secara sekaligus.

BACA JUGA : Cara Semak Bil Elektrik TNB Online Melalui myTNB

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau E-mel ke tnbcareline@tnb.com.my atau layari aplikasi atau portal myTNB di www.mytnb.com.my.

Sumber : TNB

One Response

  1. Rabiah.A June 20, 2020

Leave a Reply