Panduan Beli Kereta Terpakai Di Malaysia

Panduan Beli Kereta Terpakai Di Malaysia | Adakah anda ada perancangan untuk memiliki sebuah kereta dengan membeli kereta terpakai? Bagi mereka yang kurang berkemampuan, membeli kereta terpakai adalah satu pilihan terbaik bagi mengurangkan kos perbelanjaan atau bajet kewangan seseorang. Tetapi sebelum anda beli kereta terpakai, pastikan anda tahu memilih kereta secondhand yang tidak akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Panduan Beli Kereta Terpakai Di Malaysia

Panduan Beli Kereta Terpakai Di Malaysia

Berikut dikongsikan adalah panduan beli kereta terpakai di Malaysia yang boleh dijadikan panduan buat pengguna :

1. Tempat Membeli

Used Car atau orang persendirian? Jika used car pilihlah dengan betul bagi mengelakkan ditipu oleh penjual. Ini bukan bermaksud semua used car itu menipu pelanggannya, tetapi haruslah berhati-hati dalam memilih kerana bisnes utama mereka adalah untuk menjual seberapa banyak kereta yang mereka milikki.

Kebiasaannya used car akan memperbaiki segala kerosakan yang terdapat pada kereta tersebut pada harga tertentu sebelum dijual. Ia nya bergantung kepada keadaan kereta tersebut. Cuba lakukan survey di beberapa buah syarikat used car sebelum memilih model kereta yang anda suka kerana kuasa membeli adalah ditangan anda.

2. Usia Kereta Dan Mileage Kereta

Carilah kereta yang usianya di bawah 10 tahun atau mileage-nya kurang dari 100,000 km. Jika kurang jarak perjalanan maka kuranglah penggunaannya.

Kami tidak mengesyorkan para pembaca memilih kereta yang berusia lebih dari 10 tahun kerana kereta tersebut tidak boleh diinsurankan pada 1st party. Ini boleh mendatangkan masalah pada kemudian hari jika berlaku kemalangan atau kehilangan.

3. Hidupkan Enjin Kereta

Hidupkan enjin dan lihat pada bahagian badan kereta untuk memastikan anda tidak terlepas pandang terhadap kekurangan pada kereta tersebut. Semasa enjin berjalan sila lihat jika terdapat kebocoran minyak hitam pada enjin. Periksa pada dashboard jika terdapat lampu amaran menyala atau tidak.

Hidupkan penghawa dingin semasa enjin masih berjalan dan sepatutnya enjin tidak bergegar terlalu kuat ketika penghawa dingin dihidupkan. Jika tiada bermakna enjin tersebut masih dalam keadaan yang baik.

4. Pilih Jenama Ramai Orang Guna
Pilihlah kereta yang banyak dipakai orang dan masih ramai lagi orang yang memakai jenama ini walaupun usia kereta sudah lanjut. Biasanya kereta-kereta yang banyak dipakai orang mudah untuk mendapatkan spare part. Spare partnya pun tidaklah mahal sangat. Jenama proton (tak semua model) dan perodua dari buatan tempatan mungkin boleh dipertimbangkan. Begitu juga jenama dari Jepun seperti Toyota, Honda dan Nissan merupakan pilihan ramai.

5. Periksa Nombor Casis dan Nombor Enjin

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta.

INFO BERKAITAN :

● Semakan Nombor Plat Kenderaan Terkini 2018 Online

Semoga perkongsian tentang cara beli kereta terpakai ini dapat dijadikan panduan buat bakal pemandu kereta.

Leave a Reply