Tarikh Semakan Keputusan Dan Bayaran Rayuan BSH 2020

Tarikh Semakan Keputusan Dan Bayaran Rayuan BSH 2020. Bilakah tarikh semakan keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020? Panduan buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang membuat permohonan rayuan BSH Fasa 3. Untuk makluman menerusi Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bagi pemohon BSH yang status tidak lulus boleh kemukakan rayuan bermula daripada 7 Ogos hingga 6 September 2020. Permohonan rayuan ini boleh dilakukan secara dalam talian (online) atau hadir sendiri ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Menerusi satu rujukan daripada sumber yang sahih, keputusan permohonan rayuan BSH bakal diumumkan pada akhir September 2020.

Tarikh Semakan Keputusan Dan Bayaran Rayuan BSH 2020

Tarikh Semakan Keputusan Dan Bayaran Rayuan BSH 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 termasuk memaparkan tarikh, cara permohonan dan semakan status :

Tarikh Rayuan BSH 2020

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus boleh membuat permohonan rayuan BSH 2020 yang akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Keputusan rayuan dan bayaran BSH 2020 Fasa Ketiga akan diumumkan pada pertengahan bulan akhir September 2020.

ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV

Cara Permohonan Rayuan BSH 2020

A. Secara Online

Permohonan rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan secara online hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

Tarikh Semakan Keputusan Dan Bayaran Rayuan BSH 2020

Nota: Pemohon boleh buat rayuan BSH 2020 secara dalam talian dibenarkan untuk pemohon berstatus tidak lulus dengan satu (1) Kod Alasan Tidak Lulus atau Rayuan Tambahan bagi pemohon yang Lulus BSH 2020 seperti di atas sahaja.

B. Secara Manual

Permohonan rayuan BSH 2020 juga boleh dibuat di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Pemohon boleh muat turun borang rayuan BSH 2020 menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/Download/Borang/2020/BK-07(BorangPermohonanRayuanBSH2020).pdf

Semakan Keputusan Rayuan BSH 2020

Keputusan permohonan rayuan BSH 2020 akan dimaklumkan selepas permohonan rayuan ditutup. Dijangka keputusan rayuan BSH akan diumumkan pada akhir September 2020.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

  • Web : https://bsh.hasil.gov.my/
  • Hotline BSH LHDNM : 1-800-88-2747.
  • Hotline BSH MoF : 03-8882-4565
  • Emel : bsh@treasury.gov.my

BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Dan Redeem Melalui Boost, GrabPay & Touch n Go

Leave a Reply