Tarikh Hari Raya Haji 2018 Malaysia

Tarikh Hari Raya Haji 2018 Malaysia | Bilakah tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2018? Setelah kita berjaya menyempurnakan puasa Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, kini umat Islam akan menyambut satu perayaan lagi iaitu Hari Raya Aidiladha. Merujuk Kalendar Islam 2018 yang dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidiladha atau dikenali Hari Raya Korban pada hari Rabu, 22 Ogos 2018. Ianya bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1439H yang merupakan tarikh cuti umum di Malaysia.

Tarikh Hari Raya Haji 2018 Malaysia

Tarikh Hari Raya Haji 2018 Malaysia

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh Hari Raya Aidiladha 2018 Malaysia. Pengumuman tarikh Hari Raya Korban tahun 2018 akan diisytiharkan secara umum di siaran televisyen pada hari Selasa, 21 Ogos 2018 sekitar jam 8.00 malam.

○ Tarikh : 22 Ogos 2018 (Rabu) bersamaan 10 Zulhijjah 1439H

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Kurban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Semoga perkongsian tarikh Hari Raya Aidiladha 2018 dapat dijadikan panduan buat umat Islam dan khususnya ibu bapa yang merancang perjalanan balik ke kampung halaman. Selamat menyambut hari Raya Haji dan laksanakan ibadat korban.

Leave a Reply