Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 (RMR), Bayaran RM300 Sebulan

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 (RMR), Bayaran RM300 Sebulan. Nak bina rumah sendiri? Berita baik buat rakyat Malaysia yang ingin memiliki rumah idaman. Untuk makluman, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempelawa kepada pemohon yang berkelayakan untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) tahun 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau dapatkan borang di cawangan SPNB.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 (RMR), Bayaran RM300 Sebulan

Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 (RMR), Bayaran RM300 Sebulan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Rumah Mesra Rakyat termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri perumahan dan cara mohon :

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat

Antara syarat-syarat kelayakan Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

NOTA :

a. Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
b. Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Ciri-Ciri Program Rumah Mesra Rakyat

Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 (RMR), Bayaran RM300 Sebulan
Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021 (RMR), Bayaran RM300 Sebulan

Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Online

1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPNB
https://rmr.spnbonline.com.my/.

2. Klik pendaftaran baru.

3. Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID.

4. Satu email / SMS mengandungi butiran login ID dan kata laluan akan dihantar kepada email / nombor telefon yang didaftarkan oleh pemohon.

5. Gunakan login ID dan kata laluan yang diberikan dan Borang Pra-Pendaftaran akan dimuat turun.

6. Isi maklumat ke dalam sistem oleh pemohon.

7. Klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.

8. Memajukan borang beserta dokumen asal yang diperlukan kepada SPNB.

Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan atau layari
https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat-rmr/

BACA JUGA :

Leave a Reply