Permohonan Baru Dan Kemaskini BPR 2021 Online Kini Dibuka Untuk Isi Rumah & Bujang. Bilakah tarikh permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dibuka? Berita baik buat rakyat Malaysia dimana kerajaan mengumumkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang akan menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) bagi tahun 2021. Menerusi pembentangan Bajet 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memperuntukkan sebanyak RM6.1 billion Bantuan Prihatin Rakyat untuk dimanfaatkan oleh 8.1 juta penerima. Permohonan baru dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021 boleh dibuat secara online atau muat turun borang menerusi laman web rasmi BPR.
Permohonan Baru Dan Kemaskini BPR 2021 Online Kini Dibuka Untuk Isi Rumah & Bujang
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Rakyat 2021 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, jumlah bayaran dan cara permohonan :
Tarikh Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Permohonan dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat boleh dibuat bermula pada 15 Januari hingga 15 Februari 2021.
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bagi golongan B40 dan M40 termasuk bujang serta tambahan anak :
Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori-kategori seperti berikut:
A. ISI RUMAH
PEMOHON
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
PASANGAN
- Warganegara Malaysia atau memiliki pengenalan Malaysia
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/ MyKAS
ANAK
- Hubungan mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia
- Tidak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur 17 tahun dan ke bawah atau 18 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/ IPTS
B. BUJANG
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 Sekeluarga Sebulan
Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat 2021
A. Permohonan Secara Online
Permohonan baru BPR 2021 boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://bpr.hasil.gov.my/.
Permohonan hanya terbuka kepada pemohon yang tidak menerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah sahaja.
B. Permohonan Melalui Manual (Borang)
Selain online, permohonan juga boleh dibuat secara manual iaitu Borang BPR 2021 (BK-01) yang boleh didapati secara percuma menerusi :
a. Portal Rasmi BPR LHDNM atau
b. Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Untuk dapatkan borang permohonan BPR 2021 dengan lengkap dalam bentuk PDF boleh muat turun menerusi pautan di bawah :
- Borang Permohonan BPR 2021
- Borang Serahan Dokumen BPR 2021
- Borang Kemas Kini Maklumat Asas BPR 2021
- Borang Pembatalan Permohonan BPR 2021
Setelah borang permohonan dilengkapkan, anda boleh menghantar Borang BPR 2021 tersebut di kaunter-kaunter berikut:
i. Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah/ Pejabat Residen
Atau penghantaran secara pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
Nota : Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Kemaskini Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021
Bagi penerima bayaran BSH 2020 dan BPN 2.0 sebelum ini, sekiranya semakan permohonan di portal BPR 2021 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemaskini maklumat Bantuan Prihatin Rakyat 2021.
Soalan Lazim Bantuan Prihatin Rakyat 2021
1. Siapakah yang perlu membuat permohonan BPR 2021?
Pemohon yang perlu membuat permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:
i. Pemohon yang tidak menerima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
ii. Pemohon dari golongan Orang Asli yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara
automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA.
iii. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM.
2. Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BPR 2021 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BPR
2021?
Sekiranya anda tidak hadir untuk kemaskini, permohonan di portal BPR 2021 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data Bantuan Sara Hidup 2020 atau BPN 2.0. Kelayakan BPR 2021 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.
3. Saya telah menghantar permohonan BPR 2021. Sekiranya ada perubahan maklumat, adakah saya masih boleh membuat kemaskini permohonan?
Ya. Kemaskini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan BPR pada 15 Februari 2021.
Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang Bantuan Prihatin Rakyat 2021 sila ke pautan ini https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf
Untuk keterangan lanjut tentang Bantuan Prihatin Rakyat, sila hubungi di talian :
i. Portal Rasmi BPR LHDNM iaitu https://bpr.hasil.gov.my;
ii. Aplikasi Mobile BPR;
iii. Hubungi nombor talian LHDNM: 1-800-88-2747;
iv. Hubungi nombor talian MoF: 03-8882 4565 /4566;
v. Hadir sendiri ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
BACA JUGA : Semakan Status Permohonan BPN 2.0 Fasa 2 Online