Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam RM250 Pesara. Bilakah tarikh pembayaran bonus raya kakitangan awam tahun 2020? Berita baik buat kakitangan awam dan pesara kerajaan dimana menerusi kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd. Rahman mengumumkan pemberian bonus Raya Aidilfitri sebanyak RM500 bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kontrak. Kadar Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 sebanyak RM250 juga dipanjangkan pemberiannya kepada pesara kerajaan yang menerima pencen. Bayaran Bantuan Khas sempena hari raya Aidilfitri akan diberikan bermula 20 Mei 2020.

Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Awam, pesara yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dan masih berkhidmat pada 20 Mei juga layak terima sebanyak RM500. Pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250 akan dibayar jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam RM250 Pesara
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran bonus raya 2020 kakitangan awam dan pesara kerajaan termasuk memaparkan tarikh dan jumlah bayaran :
Jumlah & Tarikh Bonus 2020 Bagi Penjawat Awam & Pesara Kerajaan
Kakitangan Awam
● Bayaran Khas 2020 : RM500
Pesara Kerajaan
● Bayaran Khas 2020 : RM250
Tarikh Pembayaran
Kesemua bayaran Bantuan Khas kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan akan dibayar mulai 20 Mei 2020.
Kaedah Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2020
Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 iaitu melalui :
A. Bayaran melalui Sistem Emolumen Berkomputer
- Tanggungjawab Pejabat Perakaunan (AO)
- Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)
B. Bayaran Melalui Arahan Pembayaran (Kew.330E) bagi Pegawai yang tiada dalam Sistem Emolumen Berkomputer
- Tanggungjawab Pejabat Perakaunan (AO)
- Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)