Sinopsis Filem Wira 2019. Anda peminat filem genre aksi? Saksikan filem baharu berjudul Wira yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula pada 21 November ini. Filem Wira bakal dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal iaitu Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Ismi Melinda termasuk artis dari Indonesia, Yayan Ruhian dan ramai lagi. Filem bergenre aksi ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Adrian Teh dibawah terbitan Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, GSC Movies dan Astro Shaw. Jom lihat synopsis filem Wira!

Sinopsis Filem Wira 2019
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang filem Wira yang memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : WIRA
Tarikh Tayangan : 21 November 2019
Genre: Aksi, MMA
Skrip : Adrian Teh, Anwari Ashraf
Pengarah : Adrian Teh
Produksi : Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Primeworks Studios, GSC Movies dan Astro Shaw.
Pelakon : Hairul Azreen, Fify Azmi, Dain Said, Henley Hii, Ismi Melinda, Jack Lim, Josiah Hogan, Yayan Ruhian, Zizan Razak
Senarai Pelakon Filem Wira
Hairul Azreen sebagai Hassan
Fify Azmi sebagai Zain
Ismi Melinda sebagai Vee
Yayan Ruhian sebagai Ifrit
SINOPSIS
Filem ini mengisahkan tentang karakter utama, Hassan yang dilakonkan oleh Hairul Azreen yang merupakan seorang bekas tentera. Dia menyertai tentera bukan untuk mengawal dirinya sahaja tetapi tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya.
Setelah selesai berkhidmat, Hassan kembali untuk menyelesaikan hutang adiknya Zain yang perlu ditanggung selepas kehilangan perjuangan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Apakah halangan yang akan dihadapi oleh Hassan seterusnya?