Sinopsis Filem Wangi Lakonan Erra Fazira & Sharnaaz Ahmad. Saksikan filem seram berjudul Wangi yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 5 September 2019. Menampilkan lakonan hebat seperti Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifly, dan ramai lagi. Filem genre seram ini merupakan arahan Yeop Hitler dan dibawah terbitan Resilience Studio.

Sinopsis Filem Wangi Lakonan Erra Fazira & Sharnaaz Ahmad
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang filem Wangi yang memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : WANGI
GENRE : Seram
TARIKH TAYANGAN : 5 September 2019
CERITA ASAL : Shuhada Mohd
PENGARAH : Yeop Hitler (Mohd Latiff Zami)
PRODUKSI : Resilience Studio
PELAKON : Erra Fazira, Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Mia Nasir, Syazwan Zulkifly, Nik Adam Mika, Ruminah Sidek
Senarai Pelakon Filem Wangi
Sharnaaz Ahmad sebagai Khuzairi
Erra Fazira sebagai Nor
Nabila Huda sebagai Bella
Syazwan Zulkifly sebagai Azlan
Nik Muhammad Ada Mikael sebagai Khiri
Mia Nasir sebagai Mia
Synopsis Filem Wangi
Mengisahkan tentang watak Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.
Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya iaitu …. (Syazwan Zulkifli).
Selamat menonton di pawagam!