Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2019. Anda peminat filem animasi? Saksikan filem baharu berjudul Ejen Ali The Movie yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula pada 28 November ini. Filem ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation dan diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin. Filem animasi ini mengambil kos RM6 juta termasuk kos promosi dan menyasarkan RM20 juta untuk pasaran tempatan untuk filem ini.

Lagu tema rasmi filem Ejen Ali The Movie akan dinyanyikan dan diterbitkan oleh Altimet. Lagu Bukalah Matamu yang dinyanyikan oleh Aisyah Aziz & Bunga telah dimuat naik ke YouTube pada 20 September 2019. Jom terjah synopsis filem Ejen Ali The Movie!
Sinopsis Filem Ejen Ali The Movie 2019
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang filem Ejen Ali The Movie yang memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : Ejen Ali The Movie
GENRE : Animasi
TARIKH TAYANGAN : 28 November 2019
PENGARAH : Usamah Zaid Yasin
PRODUKSI : WAU Animation
PELAKON : Ida Rahayu Yusoff, Azman Zulkiply, Noorhayati Maslini Omar, Shafiq Isa, Fadhli Shafian
Senarai Pelakon Suara Ejen Ali The Movie
Ida Rahayu Yusoff sebagai Ali & Comot
Azman Zulkiply sebagai General Rama
Noorhayati Maslini Omar sebagai Alicia
Shafiq Isa sebagai Bakar
Fadhli Shafian sebagai Abang Bear
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang kisah pengembaraan Ejen Ali dan rakan seperjuangan dalam menangkis ancaman baharu yang membawa kemusnahan kepada bandar Cyberaya.
Trailer Filem Ejen Ali The Movie
Sumber : Wikipedia