Sinopsis Filem Geran 2019. Anda peminat filem genre seram? Saksikan filem baharu berjudul Geran yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula pada 10 Oktober ini. Filem Geran bakal dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal iaitu Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin dan ramai lagi. Filem bergenre aksi ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Areel Abu Bakar dibawah terbitan Layar Pictures Sdn Bhd. Jom lihat synopsis filem Geran!

Sinopsis Filem Geran 2019
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang filem Geran yang memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
TAJUK : GERAN
Tarikh Tayangan : 10 Oktober 2019
Genre : Drama, Aksi
Pengarah : Areel Abu Bakar
Terbitan : Layar Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Megat Shahrizal, Azlan Komeng, Aeril Zafrel
Senarai Pelakon Filem Geran
Namron sebagai Pak Nayan
Khoharullah Majid sebagai Ali
Fad Anuar sebagai Arip
Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
Azlan Komeng sebagai Kahar
Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang
SINOPSIS FILEM GERAN
Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit.