Sinopsis Filem Anak Perjanjian Syaitan 2019. Anda peminat filem genre seram? Saksikan filem baharu berjudul Anak Perjanjian Syaitan yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula pada 24 Oktober ini. Filem Anak Perjanjian Syaitan bakal dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal iaitu Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong dan ramai lagi. Filem bergenre aksi ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Helmi Yusof dibawah terbitan Empire Film Solution Jom lihat synopsis filem Anak Perjanjian Syaitan!

Sinopsis Filem Anak Perjanjian Syaitan 2019
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang filem Anak Perjanjian Syaitan yang memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
TAJUK : ANAK PERJANJIAN SYAITAN
Tarikh Tayangan : 24 Oktober 2019
Genre : Seram
Pengarah : Helmi Yusof
Terbitan : Empire Film Solution
Pelakon : Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Shahrulnizam Noor, Azlan Komeng
Senarai Pelakon Filem Anak Perjanjian Syaitan
Nadzmi Adhwa
Chacha Maembong
Jasmin Hamid
Shahrulnizam Noor
Sinopsis Filem Anak Perjanjian Syaitan
Zaidi adalah seorang guru, yang mana ibunya seorang janda kaya yang inginkan cucu sendiri dan sering memberi tekanan kepadanya untuk berkahwin lagi kerana dia dan isterinya, Azlinda, tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Azlina sering dicemuh oleh ibu mertuanya kerana perkara itu. Penat dengan bebelan ibunya, Zaidi meminta untuk bertukar tempat kerja dan rupa-rupanya tempat itu adalah kampung kelahiran arwah bapanya. Pasangan itu tinggal di sebuah rumah milik nenek Zaidi yang terletak di sebuah kawasan terpencil.