Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah Lakonan Zul Ariffin Dan Ruhainies. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘WiFi Sebelah Rumah’ lakonan Zul Ariffin Dan Ruhainies sebagai watak utama. Drama Wifi Sebelah Rumah akan mula bersiaran pada 7 Oktober 2021 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di saluran TV3. Drama ini arahan Shuhaimi Zulkefli di bawah terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Asha Zainul dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Wifi Sebelah Rumah!

Sinopsis Drama Wifi Sebelah Rumah Lakonan Zul Ariffin Dan Ruhainies
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Wifi Sebelah Rumah termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : WIFI SEBELAH RUMAH
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 7 Oktober 2021
WAKTU SIARAN : Setiap Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia (TV3)
PENULIS SKRIP : Nasir Sulaiman, Nana Khalil, Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Zul Ariffin, Ruhainies, Nurin Afiqah, Keith Foo, Ziana Zain, Fadlan Hazim, Asha Zainul, Ridzuan Hashim, Fazlina Ahmad
Senarai Pelakon Drama Wifi Sebelah Rumah
- Zul Ariffin sebagai Ghaz
- Ruhainies sebagai Mira
- Keith Foo sebagai Fizi
- Nurin Afiqah sebagai Shasha
- Fadlan Hazim sebagai Fendi
- Asha Zainul sebagai Zana
- Ridzuan Hashim sebagai Uncle Sam
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Kathy
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Ghaz (Zul Ariffin) yang perlukan sambungan wifi untuk menyiapkan urusan kerjanya.
Masalahnya Ghaz tak dapat habiskan kerjanya apabila dihalau sebaik tamat waktu operasi kafe tersebut. Mira (Ruhainies) yang juga kebetulan singgah di situ menghulurkan bantuan kepada Ghaz dengan memberikan password wifi di rumahnya.
Ghaz dan Mira sebenarnya berjiran. Sejak pindah ke situ Ghaz dah mula jatuh hati dengan jiran sebelahnya. Namun banyak halangan yg kena Ghaz tempuhi untuk memikat Mira lagi-lagi nak berdepan dengan bapa Mira yang menakutkan dan garang.