Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose. Saksikan drama terbaru berjudul Setelah Terlafaznya Akad yang menggantikan drama Curi-Curi Cinta di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Michael Ang dan menampilkan beberapa pelakon hebat antaranya Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi dan ramai lagi. Drama ini akan mula disiarkan pada 26 Jun 2019 dengan berdurasi selama 26 episod setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 10.00 malam di slot MegaDrama Astro Ria. Jom lihat sinopsis drama Setelah Terlafaznya Akad❗

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Setelah Terlafaznya Akad yang memaparkan senarai pelakon dan siaran langsung :

Senarai Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad

● Kamal Adli sebagai Hanan

● Uqasha Senrose sebagai Nawal

● Zeera Azizi sebagai Hani

● Zulhemy sebagai Hairuddin

● Nadya Syahera sebagai Milah

● Norlia Ghani sebagai Tokma

● Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah

Synopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad

Drama ini mengisahkan tentang setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil. Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka.

Selamat menonton drama Setelah Terlafaznya Akad di saluran Astro Ria!

Leave a Reply