Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu 2021 Online (Semakan Status)

Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu 2021 Online. Adakah anda anak jati negeri Terengganu? Berita baik buat anda golongan belia yang berusia dari 21 tahun hingga 40 tahun dan berstatus bujang. Untuk makluman, menerusi daripada Jabatan Belia, Sukan dan Sumber Manusia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan bantuan Dana Bakti Remaja tahun 2021 boleh dibuat pada bulan Januari 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://danattb.terengganu.gov.my.

Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu 2021 Online (Semakan Status)

Bantuan Dana Bakti Remaja atau dikenali sebagai Dana Transformasi Orang Muda (TOM) telah dilancarkan kepada pemohon yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000.

Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu 2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dana Bakti Remaja Terengganu termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara memohon :

Tarikh Permohonan : akan dikemaskini

Syarat Kelayakan Dana Bakti Remaja

Antara syarat-syarat kelayakan Dana Bakti Remaja adalah seperti berikut ;

1. Warganegara Malaysia dan khususnya kepada anak jati Terengganu atau yang telah bermastautin selama 10 tahun di negeri tersebut.

2. Berumur di antara 21 tahun hingga 40 tahun.

3. Status masih bujang pada tarikh permohonan.

4. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di negeri Terengganu dikecualikan kepada pemohon berusia 21 tahun.

5. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM2,000.00 sebulan (berdasarkan gaji pokok).

6. Pemohon hendaklah memberi khidmat sukarela kepada Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.

Cara Mohon Dana Bakti Remaja Online

Bagi anda yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, sila ikuti cara-cara permohonan seperti di bawah ;

1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan Dana Bakti Remaja secara atas talian (online) menerusi laman web http://idana.terengganu.gov.my/

2. Setelah siap diisi maklumat, pemohon perlu mencetak borang permohonan tersebut dan mendapat pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Penghulu Mukim masing-masing.

Semakan Status Permohonan iDANA Online

Bagi yang layak boleh menyemak status permohonan iDANA secara dalam talian menerusi http://idana.terengganu.gov.my

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi http://idana.terengganu.gov.my.

Leave a Reply