Sinopsis Drama Rahsia Hati Lakonan Syed Hasan & Risteena Munim

Sinopsis Drama Rahsia Hati Lakonan Syed Hasan & Risteena Munim. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Rahsia Hati’ lakonan Syed Hasan dan Risteena Munim sebagai watak utama. Drama Rahsia Hati akan mula bersiaran pada 16 Februari 2020 setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam di slot Widuri TV1. Drama ini arahan Liyana Jasmay di bawah terbitan Lock Frame Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Alif Muhaimin, Shasha Abedul, Diyana Zakaria dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Rahsia Hati!

Sinopsis Drama Rahsia Hati Lakonan Syed Hasan & Risteena Munim

Sinopsis Drama Rahsia Hati Lakonan Syed Hasan & Risteena Munim

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Rahsia Hati termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :

JUDUL : RAHSIA HATI
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Februari 2020
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 (RTM)
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PRODUKSI : Lock Frame Sdn Bhd
PELAKON : Nur Risteena Munim, Syed Hasan Nabil, Alif Muhaimin, Shasha Abedul, Diyana Zakaria, Asha Zainul, Ady Fakaruddin, Muhammad Daniel, Esma Daniel, Rahhim Omar, Razman Mahayuddin

Senarai Pelakon Drama Rahsia Hati

Nur Risteena Munim sebagai Tengku Dania
Syed Hasan Nabil sebagai Hairi Azwan Razali
Esma Daniel sebagai Dato Johari
Alif Muhaimin sebagai Tengku Daniel Darius
Rahim Omar sebagai Tan Sri Tengku Daud
Shasha Abedul sebagai Harlina
Diyana Zakaria sebagai Melisa
Razman Mahayuddin sebagai Ali
Ady Fakaruddin
Muhammad Daniel

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Tengku Dania Dahlia (Nur Risteena) merupakan seorang jutawan Malaysia yang kehilangan ibu bapanya sejak kecil. Tengku Dania mengesyaki ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang dirancang.

Sejak itu, Tengku Dania mahu membongkarkan kisah di sebalik kematian ibu bapanya dan melindungi satu-satunya adik lelakinya, Tengku Daniel Darius.

Leave a Reply