Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu (Slot Akasia). Nantikan drama terbaru berjudul Lelakimu Yang Dulu yang merupakan sebuah drama yang diadaptasi novel Lelakimu Yang Dulu karya Farah Darianna. Drama ini akan mula ditayangkan mulai bulan September di slot Akasia TV3 menggantikan drama Kau Yang Pertama. Drama Lelakimu Yang Dulu dibintangi beberapa pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.
Sinopsis Drama Lelakimu Yang Dulu (Slot Akasia)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Lelakimu Yang Dulu termasuk memaparkan senarai pelakon, synopsis dan tarikh tayangan :
JUDUL : LELAKIMU YANG DULU
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : September 2019
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farah Darianna
PENULIS SKRIP : Rozie Rahid & Amka Ahmad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Syafnida Shuhaimi, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Rosnah Johari, Hamidah Wahab, Arryyan Petra
Senarai Pelakon Drama Lelakimu Yang Dulu
Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli sebagai Nazli
Reen Rahim sebagai Faiqa
Nadia Brian sebagai Zana
Ungku Hariz sebagai Idlan
Azizah Mahzan sebagai Ibu Maryam
Synopsis Drama Lelakimu Yang Dulu
Mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul.
Setelah dua tahun berpisah, Hazrul menemui Dailya dan mendapat tahu tentang kewujudan zuriatnya bersama si isteri. Lantas rancangan diatur untuk mendapatkan zuriatnya, Heidi Isyraf dan mahukan Daliya kembali padanya. Disamping itu, Nazli yang setia disisi Daliya juga menyimpan perasaan cinta terhadap Daliya.