Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee Dan Sweet Qismina

Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee Dan Sweet Qismina. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Bidadari Salju’ lakonan Adam Lee Dan Sweet Qismina sebagai watak utama. Drama Bidadari Salju akan mula bersiaran pada 15 Disember 2020 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran Akasia TV3. Drama ini arahan Reza Badaruddin di bawah terbitan A. Aida Production Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Bidadari Salju!

Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee Dan Sweet Qismina

Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee Dan Sweet Qismina

Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Bidadari Salju termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : BIDADARI SALJU
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 15 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Jam 7 malam (Isnin-Jumaat)
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
PENGARAH : Reza Badarudin
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Adam Lee, Sweet Qismina, Jaja Iliyes, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Nizam Kama, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Puteri A’teeqah, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Damia Qaissarah, Siti Khadijah, Ainaa Azhari

Senarai Pelakon Drama Bidadari Salju

  • Adam Lee sebagai Hariz
  • Sweet Qismina sebagai Kayra
  • Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
  • Zaki Azeman sebagai Aiman
  • Syazuwan Hassan sebagai Raqib
  • Jaja IIliyes sebagai Anita
  • Fimie Don sebagai Naufal
  • Chacha Maembong sebagai Dania
  • Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
  • Siti Khadijah sebagai Marissa
  • Damia Qaissarah sebagai
  • Nizam Kama sebagai Asyraf
  • Puteri A’teeqah sebagai Athira

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Kayra (Sweet Qismina) yang sering menjadi mangsa buli di sekolah kerana rupa parasnya yang tidak selekeh. Hariz (Adam Lee) yang merupakan pelajar senior Kayra selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini. Hal ini membuatkan dia dipulau oleh ayahnya sendiri dan orang kampung.

Lagu Tema Drama Bidadari Salju

Mimpi – Haqiem Rusli

Leave a Reply