Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) 2022 eGumis Online. Nak semak Wang Tak Dituntut (WTD)? Perhatian buat anda yang ingin buat tuntutan Wang Tidak Dituntut tahun 2022. Menurut sumber dari akhbar Utusan, terdapat sejumlah RM5.8 billion Wang Tak Dituntut dari lebih 55 juta rekod termasuk akaun simpanan. Bagi anda yang nak buat semak Wang Tidak Dituntut boleh dilakukan secara online menerusi laman web rasmi eGumis atau hadir di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) 2022 eGumis Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) termasuk memaparkan definisi WTD dan cara permohonan :
Apa Itu Wang Tak Dituntut (WTD)?
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan.
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan.
- Dividen.
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang.
- Draf bank, cashier’s order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
Contoh dibawah kategori ini ialah:
- Akaun simpanan.
- Akaun semasa.
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
- Akaun pemiutang dagangan.
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit.
Siapakah yang boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Individu dan syarikat atau firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara online melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.
Cara Semak Wang Tak Dituntut di Jabatan Akauntan Negara
Permohonan yang lengkap dengan cetakan maklumat wang tidak dituntut dan dokumen sokongan boleh dikemukakan secara pos atau melalui kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri/Cawangan seperti di pautan portal http://www.anm.gov.my/index.php/direktori-ag/direktori-janm-negeri-cawangan-bahagian-akaun-kementerian/maklumat-janm-negeri-dan-cawangan
Cara Semak Wang Tak Dituntut Online
Semakan WTD juga boleh dibuat secara online menerusi laman web https://egumis.anm.gov.my/
Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang WTD boleh ke pautan https://egumis.anm.gov.my/faq
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian seperti berikut :
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 Putrajaya
No. Tel : +603-8882 1000
No. Faks : +603-8889 5821
Emel : korporat@anm.gov.my
BACA JUGA : EGumis Semakan Wang Tidak Dituntut OnlineĀ