Semakan Status Pengelola Umrah Online (i-Umrah)

Semakan Status Pengelola Umrah Online (i-Umrah). Bagaimana cara semakan status Umrah dengan mudah? Sebelum ini banyak kes berlaku tentang penipuan pakej umrah yang ditawarkan kepada bakal jemaah umrah. Namun begitu, kini anda boleh membuat semakan status agensi pengelola umrah secara online melalui portal i-Umrah yang diperkenalkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Semakan Status Pengelola Umrah Online

Untuk makluman, i-Umrah merupakan sebuah portal yang dibangunkan khas untuk menyediakan maklumat-maklumat seperti agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan dan panduan kepada bakal-bakal jemaah umrah Malaysia. Dengan adanya portal ini secara tak langsung dapat memudahkan pengguna dan membendung masalah penipuan pakej umrah.

Semakan Status Pengelola Umrah Online (i-Umrah)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan status agensi pengelola umrah termasuk memaparkan aplikasi online dan cara hubungi :

○ Semakan Daftar Tawaran Haji 2020 Online

○ Jadual Kursus Haji 2020 Semua Negeri

Cara Semak Status Pengelola Umrah Online

1. Untuk membuat semakan status, anda perlu layari ke Portal Rasmi i-Umrah melalui pautan : http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/

2. Di bahagian kiri pada menu utama, anda akan lihat ‘Semak Agensi Pengelola Umrah’.

3. Klik pada butang Semak Agensi Pengelola Umrah tersebut.

4. Diberikan TIGA pilihan untuk membuat semakan melalui pautan berikut:

○ eServices Haji

○ Jawhar Umrah

○ Umrah MKSU

Senarai Syarikat/Agensi Pengelola Umrah

1. Anda boleh buat semakan syarikat atau agensi pengelola umrah DISINI.

2. Masukkan nama syarikat/agensi pengelola umrah anda diruang disediakan.

3. Klik pada butang ‘CARI’.

Panduan Memilih Agensi Pengelola Umrah

1. Memilih pengelola umrah yang diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) seperti di SENARAI.

2. Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan. Kebiasaannya harga berubah mengikut musim dan jenis pakej yang dipilih.

3. Menyelidik latar belakang agensi; lesen dan permit untuk ‘outbound’ yang sah, pengalaman agensi mengelolakan umrah dan urusan visa yang dikendalikan oleh agensi. Sama ada agensi menguruskan sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah.

4. Mengambil tahu syarikat penerbangan, jenis perjalanan sama ada terus ke Jeddah atau ke Madinah atau jemaah perlu transit dan bermalam di negara lain.

5. Mengambil tahu tentang hotel penginapan yang disediakan oleh agensi.

6. Bagaimanakah bayaran dibuat. Sama ada kepada akaun syarikat atau kepada akaun persendirian pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Pastikan jemaah menyimpan resit pembayaran dan dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh agensi.

7. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan.

8. Adakah agensi mengenakan syarat-syarat tambahan lain yang tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

9. Adakah agensi mengadakan kelas bimbingan umrah.

10. Setelah berpuas hati dengan maklumat-maklumat seperti di atas barulah jemaah boleh membuat pemilihan agensi pengelola umrah.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi di:

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR)

Aras 8-9, Blok D,

Kompleks Islam Putrajaya,

Jalan Tun Abdul Razak,Presint 3

62100 Putrajaya.

Tel : 03-88837400

Emel : pejabatam@jawhar.gov.my

Laman Web : http://www.jawhar.gov.my

Leave a Reply