Semakan Status Program Subsidi Upah (PSU 4.0) 2021 PERKESO Online

Semakan Status Program Subsidi Upah (PSU 4.0) 2021 PERKESO Online. Panduan buat majikan yang telah membuat permohonan Program Subsidi Upah (PSU 4.0). Untuk makluman, majikan boleh semak status permohonan Program Subsidi Upah 4.0 secara atas talian melalui laman web rasmi PERKESO. Bagi pemohon yang sedia ada turut akan menerima bayaran PSU 4.0 sebanyak RM600 sebulan selama 4 bulan.

Semakan Status Program Subsidi Upah (PSU 4.0) 2021 PERKESO Online

Program Subsidi Upah merupakan bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan. Menerusi perutusan PEMULIH pada 28 Jun 2021, pemansuhan syarat had gaji untuk permohonan PSU 4.0. Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat wabak COVID-19 dan mengelakkan pekerja daripada dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

Semakan Status Program Subsidi Upah (PSU 4.0) 2021 PERKESO Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Upah PERKESO termasuk memaparkan semakan online :

Cara Semak Status Program Subsidi Upah PERKESO

A. Semakan Status Secara Online

  1. Untuk semakan boleh dibuat di laman web rasmi https://psu.perkeso.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada butang ‘Semakan Permohonan’.
  3. Masukkan Nombor Rujukan semasa membuat permohonan tempoh hari.
  4. Kemudian, masukkan Emel yang didaftar semasa permohonan.
  5. Tekan pada butang ‘Cari’ dan maklumat status permohonan PSU akan dipaparkan di screen telefon atau komputer anda.

B. Semakan Status Melalui Emel

Selain online, anda juga boleh menyemak status permohonan Program Subsidi Upah menerusi emel di semakanpsu.erp@perkeso.gov.my

Nota : Majikan hendaklah membayar gaji pekerja seperti biasa dengan kadar yang sama dan kemudian mengemukakan permohonan Program Subsidi Upah kepada PERKESO. Bantuan subsidi upah yang diterima dari PERKESO adalah bantuan kewangan kepada majikan. Bayaran caruman PERKESO dan SIP adalah wajib diteruskan berdasarkan gaji sebenar pekerja.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

  • Emel ke perkeso@perkeso.gov.my
  • FB rasmi PERKESO www.facebook.com/PERKESO.Official/
  • No. Tel: 03-8091 5100 / 03-4264 5555 / 1-300-22-8000

Leave a Reply