Semakan Status Program Rebat Bil Elektrik RM40 Online

Semakan Status Program Rebat Bil Elektrik RM40 Online. Panduan buat golongan berkelayakan yang ingin membuat semakan status Program Rebat Bil Elektrik. Untuk makluman, menerusi pembentangan Bajet 2019 sebelum ini terdapat sebanyak 185,000 isi rumah miskin tegar dan miskin akan menikmati program rebat elektrik berjumlah RM40 di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40 mulai 1 Januari 2019. Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Berikut adalah cara semak status Program Rebat Bil Elektrik secara online.

Semakan Status Program Rebat Bil Elektrik RM40

Semakan Status Program Rebat Bil Elektrik RM40

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara semakan status Rebat Bil Elektrik RM40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi semakan dan cara hubungi :

Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?

Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih. Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan. Program diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada 2 November 2018.

Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?

1. Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.

2. Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah kurang RM600 sebulan dan miskin kurang RM950 sebulan. 

3. Pendapatan Isi Rumah adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40

(i) Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang disenaraikan dalam Sistem eKasih;

(ii) Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun 2019;

(iii) Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;

(iv) Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;

(v) Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;

(vi) Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);

(vii) Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2018; 

(viii) Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa.

(ix) Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

Cara Semakan Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 Online

1. Pengguna boleh membuat semakan kelayakan eKasih dan kelayakan menerima bantuan rebat bil elektrik di portal rasmi MESTECC seperti berikut ;

Aplikasi Semakan : https://semakanrebat.mestecc.gov.my

2. Sila masukkan No. Kad Pengenalan dan klik pada butang ‘Cari’.

Nota : Bantuan untuk semakan juga boleh dibuat dengan MajlisPengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Pejabat Ahli Parlimen / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sebarang pertanyaan sila hubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.

Selamat membuat semakan status Program Rebat Bil Elektrik RM40 secara online. Semoga anda dapat menikmati rebat bil elektrik daripada kerajaan Malaysia.

Leave a Reply