Semakan Nombor Siri BPN 2.0 Dan Tarikh Penunaian Baucar Di Kaunter BSN

Semakan Nombor Siri BPN 2.0 Dan Tarikh Penunaian Baucar Di Kaunter BSN. Panduan buat pemohon yang gagal dikreditkan atau tidak mempunyai akaun bank untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0. Untuk makluman, ada penerima yang gagal menerima pembayaran ke akaun bank walaupun status permohonan diluluskan. Kini, penerima boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020. Sebelum itu, pemohon perlu menyemak nombor siri BPN 2.0 di laman web rasmi BPN bpn.hasil.gov.my.

Semakan Nombor Siri BPN 2.0 Dan Tarikh Penunaian Baucar Di Kaunter BSN

Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan mematuhi penjarakan sosial. Untuk senarai cawangan BSN yang dibuka, penerima boleh melayari di laman web www.mybsn.com.my.

Semakan Nombor Siri BPN 2.0 Dan Tarikh Penunaian Baucar Di Kaunter BSN

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan cara dapatkan dan tunaikan nombor siri di kaunter BSN :

Apa Itu Nombor Siri BPN

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Daftar MyBSN Online Banking

Cara Semak Nombor Siri BPN 2.0

1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.

2. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik SEMAK.

3. Klik pada ‘PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN’.

4. Masukkan KATA LALUAN anda, klik LOG MASUK.

5. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN.

6. Nombor Siri akan dipaparkan di No. Baucer.

Semakan Nombor Siri BPN 2.0

Cara Penunaian Nombor Siri Di Kaunter BSN

Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 26 Oktober 2020. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Cara Permohonan Baru BPN 2.0 Online

Bagi anda yang nak mohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh dibuat secara online mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020 di Portal Rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

  • Kementerian Kewangan : No. telefon : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
  • Telegram : PRE PRIHATIN (https://t.me/mofpre2020)
  • Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia
  • LHDNM : No. telefon : 1-800 882 747 / 03-8911 1000

Leave a Reply