Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan STPM/ Setaraf Online

Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan STPM/ Setaraf Online | Adakah anda calon lepasan STPM dan Setaraf yang telah membuat permohonan UPUOnline kemasukan ke Universiti Awam/ IPTA sesi akademik 2018/2019? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan keputusan UPU sesi 2018 bagi kemasukan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Untuk makluman menerusi portal rasmi UPU, semakan keputusan UPU sesi akademik 2018/2019 akan dibuka mulai pada 30 Julai hingga 5 Ogos 2018 bagi lepasan STPM/ Setaraf sahaja. Semakan keputusan UPU boleh dibuat di portal web UPU selain menggunakan aplikasi UPUPocket.

Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan STPM/ Setaraf Online

Semakan Keputusan UPU 2018 Lepasan STPM/ Setaraf Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan UPU sesi 2018/2019 bagi lepasan STPM/ Setaraf termasuk memaparkan tarikh-tarikh penting, semakan panggilan temuduga dan pautan semakan UPU :

○ Tarikh Semakan : 30 Julai hingga 5 Ogos 2018

○ Aplikasi Semakan : akan dikemaskini

Cara Semakan Keputusan UPU 2018/2019 Online dan SMS

Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan UPUOnline sesi 2018/2019 secara dalam talian (online) atau menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) :

A. Semakan Keputusan UPU 2018 Online

1. Pemohon boleh membuat semakan tawaran UPU sesi 2018/19 dengan melayari di laman Portal Rasmi UPU.

2. Selain sistem rasmi UPU, anda boleh layari saluran alternatif secara terus ke laman web universiti-universiti tempatan melalui pautan seperti berikut ;

○ UMS :  http://jpt.ums.edu.my

○ UNIMAS : https://jpt.unimas.my

○ UTM : http://jpt.utm.my/

○ UUM : http://jpt.uum.edu.my

○ UMT : http://jpt.umt.edu.my/

3. Bagi pemohon yang berjaya, anda perlu membuat pengesahan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui portal rasmi IPTA.

B. Semakan Keputusan UPU 2018 Melalui SMS

Selain sistem online, calon juga boleh menyemak keputusan UPUOnline 2018/19 menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :

1. Universiti Awam dan Politeknik Premier

○ Taipkan: UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

2. Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

○ Taipkan: UPU<jarak>TVET<jariak>NO. KAD PENGENALAN dan hantarkan SMS ke 15888

Permohonan Rayuan UPU 2018/2019 Lepasan STPM/ Setaraf

Bagi pemohon yang gagal mendapat tawaran UPU bagi lepasan STPM, anda boleh membuat permohonan rayuan UPUOnline secara dalam talian yang akan DIBUKA mulai 30 Julai hingga 5 Ogos 2018.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi helpline UPU di talian 03 – 8870 8200 atau layari ke portal web UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.

Selamat membuat semakan keputusan UPU sesi akademik 2018/2019 secara online dan menerusi SMS. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke universiti awam.

Leave a Reply