Semakan Kemasukan Duit BPR 2021 Fasa 1 Bagi Isi Rumah & Bujang (Check Status)

Semakan Kemasukan Duit BPR 2021 Fasa 1 Bagi Isi Rumah & Bujang (Check Status). Bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021? Panduan buat rakyat Malaysia yang telah membuat permohonan BPR 2021. Pada 18 Januari 2021, menerusi pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Perdana Menteri telah mengumumkan pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021. Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dikreditkan ke akaun bank bermula pada 24 Februari 2021 bagi kategori isi rumah dan golongan bujang serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Semakan Kemasukan Duit BPR 2021 Fasa 1 Bagi Isi Rumah & Bujang (Check Status)

Menerusi kenyataan daripada Menteri Kewangan menyatakan pembayaran Fasa 1 BPR akan memberi manfaat kepada 8.45 juta penerima yang mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang secara berperingkat melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion. Pemohon boleh semak status bayaran BPR 2021 secara dalam talian menerusi portal BPR https://bpr.hasil.gov.my.

Semakan Kemasukan Duit BPR 2021 Fasa 1 Bagi Isi Rumah & Bujang (Check Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Rakyat 2021 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran, cara semakan dan kaedah pembayaran :

Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini. Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

Tarikh Bayaran BPR 2021 Fasa 1

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 akan dikreditkan bermula pada 24 Februari 2021.

Jumlah Bayaran Fasa 1 BPR 2021

Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima adalah seperti berikut:

Kategori Isi RumahRM300
Individu Bujang berumur 21 tahun – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahunRM150

Cara Semakan Status Bayaran BPR 2021 Fasa 1

Untuk membuat semakan status bayaran BPR boleh dibuat melalui portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:

1. Untuk semakan status sila layari ke portal BPR LHDNM https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login.

2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.

3. Kemudian, tekan pada butang ‘Semak’.

4. Akan muncul ‘Adakah ini kata kunci keselamatan anda?

5. Tekan ‘Ya’.

6. Masukkan ‘Kata Laluan/Password’.

7. Paparan ‘Selamat Datang’ akan muncul.

8. Klik pada Semakan Status yang akan memaparkan status permohonan diterima atau permohonan dalam proses atau pembayaran telah dibuat.

Nota : Ada juga yang status permohonan diterima/dalam proses tapi bayaran telah masuk dalam akaun (Bank Simpanan Nasional BSN antara penerima paling awal. Bank lain akan menyusul secara berperingkat).

Kaedah Bayaran Fasa Pertama BPR 2021

Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat adalah seperti berikut:

i. Berjaya kredit ke akaun bank.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 atau BPN 2.0 termasuk rayuan.

ii. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.

Untuk keterangan lanjut tentang Bantuan Prihatin Rakyat sila hubungi di talian :

Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Presint 2,
62592 Putrajaya

Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BPR MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
Emel : bpr@treasury.gov.my

BACA JUGA : Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat 2021, Bayaran RM300 Sebulan

Leave a Reply