Semakan Kelayakan PeKa B40 Online Skim Peduli Kesihatan

Semakan Kelayakan PeKa B40 Online Skim Peduli Kesihatan. Berita baik buat golongan Kumpulan B40 yang berpendapatan rendah dimana kerajaan mengumumkan satu inisiatif kesihatan buat anda. Untuk makluman, PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, dikenali sebagai kumpulan B40. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat semakan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) secara online melalui laman sesawang rasmi https://kelayakan.pekab40.com.

Semakan Kelayakan PeKa B40 Online Skim Peduli Kesihatan

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai Peka B40.

Semakan Kelayakan PeKa B40 Online Skim Peduli Kesihatan

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang PeKa B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, manfaat dan aplikasi semakan :

Kriteria Kelayakan PeKa B40

Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:

  • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 50 tahun dan ke atas.

Manfaat PeKa B40

Antara manfaat PeKa B40 yang akan diterima golongan berpendapatan rendah iaitu :

  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan

Cara Semakan Status Kelayakan Skim Peduli Kesihatan Online

1. Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan Peka B40 secara online menerusi pautan https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda tanpa tanda (-) dan klik pada butang ‘Semak’.

3. Sekiranya status layak, anda boleh lawati klinik PeKa B40 yang berdekatan melalui pelekat logo PeKa B40 disertakan dengan MyKad anda.

Nota: Untuk semakan Klinik PeKa B40 boleh merujuk disini.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang PeKa B40, sila hubungi di:

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
No. Telefon: +603 8687 2500
Emel: info@pekab40.com.my

Semoga anda berjaya mendapat inisiatif kesihatan ini.

Sumber : Peka B40

One Response

  1. Mansor bin saad May 3, 2020

Leave a Reply