Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2020 Online

Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2020 Online. Berita baik buat rakyat negeri Selangor yang berusia 40 tahun ke bawah dan perkahwinan pertama. Untuk makluman, kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2020 bagi perkahwinan pertama. Untuk makluman, permohonan Program IGEMS boleh dibuat secara atas talian bermula daripada 18 November sehingga 1 Disember 2019 menerusi laman sesawang igems.yawas.my.

Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2020 Online

Program Insentif Generasi Muda Selangor atau ringkasnya (iGems) merupakan kesinambungan program Insentif Perkahwinan Belia Selangor (IPB) dengan penambahbaikkan pengisian kursus kekeluargaan selain insentif RM300 khusus bagi para belia negeri Selangor yang baru mendirikan rumah tangga. Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan bajet sebanyak RM550,603 bagi sesi tahun 2019/2020 untuk program IGems.

Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2020 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Insentif Generasi Muda Selangor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 18 November – 31 Disember 2019

Syarat Kelayakan Program Insentif Generasi Muda Selangor

Antara syarat-syarat kelayakan Program Insentif Generasi Muda Selangor yang perlu diikuti :

1. Warganegara Malaysia
2. Kelahiran Selangor atau Bukan Kelahiran Selangor
3. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 Tahun (Alamat MyKad mesti negeri Selangor)
4. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor
5. Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
6. Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
7. Berumur 40 tahun dan ke bawah
8. Pendaftaran dibuka bagi pasangan yang  telah berkahwin dari 1 September 2018 dan ke atas

Cara Permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) 2020 Online

1. Pendaftaran permohonan Program IGEMS boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang iGems YAWAS ;

LINK : http://igems.yawas.my/admin/online.php

2. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap.

3. Sila pastikan anda telah bersetuju bersama pasangan untuk memilih tarikh dan tempat pilihan program yang akan dihadiri.

4. Setelah pendaftaran dibuat, sila hantar dokumen sokongan dengan lengkap dan segera ke emel daftarigems@gmail.com (hantar dokumen LENGKAP dalam masa 14 hari selepas tarikh daftar). Jika YAWAS tidak terima dalam tempoh tersebut permohonan anda akan digagalkan.

5. YAWAS akan menghantar jemputan dan memaklumkan tempat kursus melalui surat jemputan yang akan dihantar menerusi emel anda.

Nota : Jika anda dan pasangan tidak hadir pada hari kursus yang dipilih, anda tidak layak menikmati insentif RM300.

Senarai Dokumen Sokongan Yang Perlu Disertakan

i. Salinan IC Pemohon dan Pasangan
ii. Salinan Sijil Perakuan Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam
iii. Surat Pengesahan Mastautin (bagi yang bukan kelahiran Selangor)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum, 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03 – 5481 8800
Emel: pertanyaan.yawas@gmail.com

BACA JUGA : Permohonan Rumah Selangorku 2020

Semoga pemberian insentif iGems ini dapat membantu pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

Sumber : iGems

Leave a Reply