Permohonan Undi Pos Luar Negara Pilihanraya 2018

Permohonan Undi Pos Luar Negara Pilihanraya 2018 | Adakah anda pemohon pos luar negara? Panduan buat anda dimana permohonan undi pos luar negara bagi warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14). Untuk makluman, permohonan pengundian pos luar negara PRU14 akan dibuka bermula hari Selasa, 23 Januari 2018. Sepertimana PRU sebelum ini penghantaran kertas undi pos melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), tapi PRU14 kali ini diuruskan sepenuhnya oleh POS Malaysia Berhad.

Permohonan Undi Pos Luar Negara Pilihanraya 2018

Permohonan Undi Pos Luar Negara Pilihanraya 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan undi pos luar negara pilihanraya ke-14 tahun 2018 termasuk syarat kelayakan :

○ Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2018 Online & SMS

Apakah dimaksudkan Pemilih Luar Negara?

Untuk pengetahuan terdapat dua sub kategori bagi pemilih luar negara iaitu pengundi tidak hadir luar negara ( mereka tidak perlu pohon untuk undi pos ) atau Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara yang telah mendaftar sebagai pengundi ( mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos ).

Syarat Permohonan Undi Pos Luar Negara Pilihanraya

1. Individu mestilah pemilih berdaftar dalam kategori Pengundi Biasa atau bukan Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

2. Pemilih pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh masa 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuatkuasa.

Cara Permohonan Undi Pos Luar Negara Pilihanraya 2018

1. Pemohon mestilah menggunakan Borang 1B- Borang Permohonan Kertas Pos Undi (Pengundi Pos Luar Negara).

2. Anda boleh memuat naik Borang 1B di laman sesawang SPR di http://www.spr.gov.my

Nota Penting :

● Selepas mengisi borang 1B dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya melalui emel kepada upup@spr.gov.my atau faks ke 03-8881 0424/ 0399/ 0394/ 0386/ 0369.

● Borang tersebut juga boleh dihantar melalui pos ke alamat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Menara SPR, No 2 Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya. (u.p. Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara).

Fakta Tentang Pemilih & Pengundi Pos Dalam Negara dan Luar Negara

1. PENGUNDI BIASA

Adalah mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi dan perlu hadir ke Pusat Mengundi.

2. POLIS

Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :

A. Pengundi

B. Pengundi Pos – Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.

3. TENTERA

Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :

A. Pengundi

B. Pengundi Pos – Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.

4. LUAR NEGARA

Terdapat dua sub kategori:

A. Pengundi tidak hadir luar negara (mereka tidak perlu pohon untuk undi pos).

B. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara yang telah mendaftar sebagai pengundi (mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos).

5. MEDIA

Anggota media yang membuat liputan pilihan raya semasa hari pengundian mereka perlu mohon untuk mengundi secara pos.

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila menghubungi talian 03-88810081 atau emel ke upup@spr.gov.my.

Selamat membuat permohonan undi pos luar negara untuk pilihanraya ke-14 tahun 2018. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk membuat permohonan.

Leave a Reply