Semak Status Permohonan BSH 2020 Bagi Dalam Proses Mulai 3 Ogos

Semak Status Permohonan BSH 2020 Bagi Dalam Proses Mulai 3 Ogos. Apakah status permohonan BSH 2020? Panduan buat pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ingin membuat semakan kelulusan BSH 2020. Untuk makluman, pembayaran BSH 2020 Fasa 3 akan dikreditkan secara terus ke akaun bank masing-masing yang didaftarkan dengan LHDNM mulai 24 Julai 2020. Bagi pemohon yang berstatus ‘Dalam Proses’ boleh semak status BSH 2020 mulai 3 Ogos 2020 menerusi laman web rasmi BSH. Pemohon yang berstatus tidak lulus/ gagal boleh kemukakan rayuan BSH secara online atau hadir ke LHDN mulai 7 Ogos 2020.

Semak Status Permohonan BSH 2020 Bagi Dalam Proses Mulai 3 Ogos

Semak Status Permohonan BSH 2020 Bagi Dalam Proses Mulai 3 Ogos

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh dan kaedah pembayaran, aplikasi semakan serta cara rayuan :

Tarikh Pembayaran BSH 2020 Fasa 3

Pembayaran BSH ke akaun penerima hanya akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN. Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa Ketiga mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Artikel Berkaitan : Semakan Nombor Siri BSH 2020 Fasa 3 & Penunaian di Kaunter BSN

Cara Semak Status Kelulusan Permohonan BSH 2020

  1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi portal rasmi https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Masukkan No MyKad anda yang didaftarkan.
  3. Isikan ‘Captcha’ yang diberikan dan klik pada butang ‘Semak’.
  4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada LULUS, DALAM PROSES atau TIDAK LULUS/ GAGAL.

Nota : Bagi anda yang berstatus ‘Tidak Lulus’ boleh membuat permohonan rayuan BSH secara online atau hadir ke LHDN mulai 7 Ogos hingga 6 September 2020.

Info Lanjut : Cara Permohonan Rayuan BSH 2020

Kod Tidak Lulus BSH 2020

KOD 03 – Maklumat pengenalan anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara

KOD 05 – Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi kategori bujang

KOD 07 – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/ pasangan melebihi RM4,000

KOD 15 – Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/ pasangan melebihi kad kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah B40

KOD 28 – Status perkahwinan perlu pengesahan

KOD 30 – Tarikh kematian pasangan memerlukan salinan sijil

KOD 34 – Pemohon tidak menetap di Malaysia/ bekerja/ belajar di luar negara berdasarkan rekod agensi

Semak Status Permohonan BSH 2020 Bagi Dalam Proses Mulai 3 Ogos
Semak Status Permohonan BSH 2020 Bagi Dalam Proses Mulai 3 Ogos

Kaedah Pembayaran Fasa 3 BSH 2020

i. Akaun Bank yang dilaporkan

Pembayaran akan dilakukan kepada akaun bank yang telah dikemaskini oleh pemohon semasa permohonan BSH 2020.

ii. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran BSH akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a. Tidak melaporkan maklumat akaun bank; atau
b. Status pengkreditan adalah Gagal Kredit

Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, sila hubungi di talian seperti berikut :

BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet

Leave a Reply