Permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019 (Borang)

Permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019 (Borang). Anda anak jati kelahiran Kedah? Berita baik buat golongan wanita khususnya yang lahir di negeri Kedah. Untuk makluman menerusi manifesto kerajaan PH Negeri Kedah, bagi yang berkelayakan boleh membuat permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019. Permohonan telah dibuka dimana borang Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019 boleh didapati di seluruh Pusat Khidmat DUN negeri Kedah atau muat turun di laman web kedah.gov.my.

Permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019 (Borang)

Tabung Khas Wanita Kedah adalah merupakan salah satu daripada 10 Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Kedah yang dilaksanakan. Setiap pemohon yang layak dan berjaya akan menerima bantuan atau sumbangan one-off maksimum RM1000.

Permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019 (Borang)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019 termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan dokumen sokongan:

Syarat Kelayakan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019

  1. Ditinggalkan suami
  2. Ibu tunggal
  3. Menjaga ibu/bapa/penjaga sakit terlantar
  4. Menjadi ketua isi rumah disebabkan suami sakit terlantar dan hilang punca pencarian
  5. Tidak berkahwin tetapi mempunyai anak peliharaan @ tanggungan

Cara Permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019

Pemohon yang berkelayakan boleh muat turun borang permohonan secara online melalui pautan di https://www.kedah.gov.my/index.php/muat-turun-borang-pejabat-suk

Atau:

  1. Borang permohonan boleh didapati di setiap Pusat Khidmat DUN seluruh negeri Kedah.
  2. Pastikan borang permohonan beserta dokumen penting perlu disahkan oleh YB ADUN @ Penyelaras DUN.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu disertakan dengan borang permohonan adalah seperti berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama
  3. Salinan Kad OKU (Jika ada)
  4. Salinan Sijil Kematian (Jika berkaitan)
  5. Salinan Sijil Perkahwinan/ Penceraian (Jika berkaitan)
  6. Kad Perubatan dari Hospital atau Klinik Kesihatan Kerajaan (Jika berkaitan)
  7. Penyata Pendapatan Atau Surat Pengesahan Pendapatan Dari Majikan/
    Surat Akuan Pendapatan (Jika Bekerja Sendiri)
  8. Salinan Akaun Bank (Jika ada)

Selamat membuat permohonan Tabung Khas Wanita Negeri Kedah 2019 bagi golongan berkelayakan. Semoga anda berjaya menerima bantuan sejumlah RM1,000 dan dapat meringankan bebanan kehidupan anda.

Leave a Reply